Pochettino Memperolehi Kemenangan Pertamanya Di Ligue 1 Perancis

Segalanya berjalan dengan lancar buat ketua jurulatih baharu Paris Saint-German (PSG) , Mouricio Pochettino setelah skuadnya menewaskan Stade Brest di Parc des Princes dengan kemenangan selesa 3-0 dalam aksi Ligue 1 Ahad.

Kemenangan pertama yang diraih oleh jurulatih warga Argentina ini adalah perlawanan kedua PSG sejak beliau mengambil alih tugas sebagai pengendali pada awal Januari 2021 di mana perlawanan pertama berdepan kelab Saint-Etinne sekadar mendapat keputusan seri 1-1 pada hari Rabu yang lalu.

Bagaimanapun jurulatih itu menyifatkan bahawa , masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan terus berusaha mencapai prestasi yang lebih baik di dalam skuadnya.

Terlebih dahulu , penyerang yang dipinjam dari kelab Everton Moise Kean menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-16. Pemain ini mengumpul sembilan gol peribadi pada musim ini bersama dengan PSG.

Selepas gol pendahuluan , anak-anak buah Pochettino gagal untuk menembusi gawang gol pasukan lawan. Penyerang utama Kyle Mbappe yang memperolehi beberapa peluang terhidang gagal mencetak nama sebagai penjaring gol.

PSG terpaksa menunggu sehingga minit ke 81 apabila Mauro Icardi menjaringkan gol yang ke dua. Peluang gol ini diperoleh hasil lorongan cantik ke kotak penalti setelah Mbappe dapat menggelecek dan meloloskan diri daripada dua pemain pertahanan Stade Brest.

Pemain-pemain Stade Brest tidak dapat menyusun kembali permainan mereka dan akhirnya dihukum oleh Pablo Sarabia dengan gol ketiga pada minit ke 83 dan telah memastikan PSG menuai tiga mata penuh.

PSG di tangga kedua liga dengan Olympiqye Lyon sebagai pendahulu yang hanya ketinggalan satu mata sahaja selepas 19 perlawanan dan PSG akan berdepan Marseille pada 14 Januari ini untuk merebut Trophee de Champions.

 

 

 

Kongsi artikel ini