Expand To Show Full Article
PM Masih Beri Liga Malaysia Lampu Merah Walaupun PKP Dilonggarkan - Grandstand Kita

PM Masih Beri Liga Malaysia Lampu Merah Walaupun PKP Dilonggarkan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi membenarkan aktiviti ekonomi dimulakan semula mulai 4 Mei hadapan.

Walaupun membenarkan pergerakan yang lebih bebas di kalangan rakyat Malaysia selepas tarikh tersebut, perlawanan bola sepak dan aktiviti sukan yang melibatkankan ‘body contact’ dan perhimpunan awam masih tidak dibenarkan.

Perkara itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan sempena Hari Pekerja sebentar tadi.

Kenyataan dari Muhyiddin sebentar tadi juga adalah jawapan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sebelum ini melakukan permohonan untuk membenarkan saingan Liga Malaysia 2020 diteruskan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menyatakan tarikh khusus bilakah perlawanan bola sepak boleh dibenarkan untuk kembali.

Sukan tidak melibatkan sentuhan seperti jogging, berbasikal, dan golf dibenarkan dengan syarat penjarakkan sosial dan tiada sentuhan badan.

Walaupun membenarkan sektor ekonomi untuk kembali beroperasi, Muhyiddin menegaskan ia harus dilakukan secara berhati-hati dengan SOP kesihatan yang ketat.

Majikan turut dinasihat untuk melaksanakan waktu kerja anjal untuk mengelakkan ramai pekerja dalam waktu yang sama.

Dalam perkembangan sama, perjalanan pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan termasuk untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Aktiviti lain seperti kenduri, atau aktiviti keagaaman seperti solat jemaah masih tidak dibenarkan buat masa ini.

Kongsi artikel ini