Milan dikecewakan oleh penalti minit akhir yang diberikan oleh VAR kepada Juventus, dan pengurus pasukan, Stefano Pioli tidak menyembunyikan perasaam marah beliau.
Penalti tersebut diberi selepas bola terkena tangan Davide Calabria setelah menghalang bola sepakan gunting Cristiano Ronaldo.
Milan terlebih dahulu di hadapan selepas voli Ante Rebic menerjah jaring, namun Rossoneri beraksi 10 pemain selepas itu setelah Theo Hernandez diarahkan keluar padang.
Incase you missed the match:
Milan 1-1 Juventus
Here are thr full goals😍#MilanJuve #MilanJuventus
— Top Videos (@Top5Vid) February 13, 2020
Juventus gagal menghadirkan ancaman yang diperlukan walaupun beraksi dengan kelebihan seorang pemain.
Namun penalti yang diberikan VAR disempurnakan oleh Ronaldo untuk jaringan ke-35 dalam 35 perlawanan untuk kelab dan negaranya.
Pengurus pasukan, Maurizio Sarri hanya mampu meluahkan rasa kecewa selepas Juventus hanya mampu menghasilkan tiga percubaan lemah dalam perlawanan ini.
Ronaldo Goal against AC Milan.
YOUR GOAT NEVER CAN! pic.twitter.com/ETMGVZbwMc
— ben chaped (@benchaped) February 13, 2020
“Saya berasa amat marah, kerana sebelum itu Zlatan Ibrahimovich turut dikasari di dalam kotak penalti.
“Dan saya masih ingat bagaimana pengadil-pengadil menayangkan footage video perlawanan Cagliari-Brescia pada musim lalu.
“Mereka berkata ia tidak sepatutnya penalti kerana pemain tidak melihat bola tersebut.
“Kali ini situasinya sama seperti Calabria yang tidak memandang ke arah bola. Alberto Cerri dalam situasi tersebut melompat dan tidak menurunkan tangan kerana anda harus menggunakan kedua-dua belah tangan ketika melompat.”