Expand To Show Full Article
Pingat Juara Piala Dunia 2018 Dilelong Pada Harga RM313,262 - Grandstand Kita

Pingat Juara Piala Dunia 2018 Dilelong Pada Harga RM313,262

Salah seorang pemain dari skuad Perancis yang muncul juara Piala Dunia 2018 di Rusia telah melelong pingat kejuaraan dalam satu lelongan pada harga $71,875, atau bersamaan dengan RM313,262.

Pingat itu telah dilelong di JuliensLive.com yang terkenal dengan penjualan barangan mahal milik selebriti terkemuka dunia.

Pemilik asal pingat tersebut tidak dinamakan, namun ia pasti datang dari salah seorang 23 pemain anggota skuad Didier Deschamps yang muncul juara dunia dua tahun yang lalu.

Satu deskripsi mengenai lelongan tersebut ditulis: “Pingat emas yang diberikan kepada salah seorang pemain skuad kebangsaan Perancis di Piala Dunia FIFA 2018”.

Kejohanan Piala Dunia itu berlangsung pada 1 Jun sehingga 15 Julai 2018 di Rusia.

Kejohanan edisi tersebut adalah yang ke-11 diadakan di Eropah, selepas yang pertama diadakan di Timur Eropah.

Pingat tersebut mengandungi ukiran trofi Piala Dunia dengan teks ‘2018 FIFA World Cup Rusia’.

Manakala di permukaan sebelahnya pula tertulis ‘World Champion/ FIFA World Cup/ Russia 2018’ bersama logo rasmi Piala Dunia 2018 di bahagian tengah. Pingat tersebut turut disertakan dengan ribbon biru FIFA yang asli.

 

Kongsi artikel ini