Satu malam yang sangat indah dan merupakan kejayaan manis untuk pasukan Athletic Bilbao setelah berjaya menumpaskan skuad Koeman 3-2 pada masa tambahan selepas tamat masa 90 minit sebenar dan meraih kejuaraan trofi Piala Super Sepanyol awal pagi tadi.
🙌🏻🏆 ¡¡EL MOMENTO MÁS ESPERADO!! ¡¡Arriba esa #Supercopa!!
Enhorabuena, @AthleticClub. pic.twitter.com/RetEsQfTzN
— RFEF (@rfef) January 17, 2021
Kejayaan menumpaskan skuad Los Blancos ini menjadi satu detik yang tidak akan dilupakan oleh skuad yang berpengkalan di Bilbao di mana pada separuh akhir mereka berupaya menumbangkan Real Madrid 2-1 pada minggu yang lalu.
Inaki William penyerang sensasi Athletic dan kapten pasukannya Iker Muniain menjadi wira apabila menjadi penjaring dan menghasilkan bantuan gol kepada rakan sepasukan Oscar de Marcos serta pemain gantian Asier Villalibre bagi memastikan mereka selamat menjuarai Piala Super Sepanyol buat kali ketiga.
Pemain berusia 26 tahun ini ditabalkan sebagai ‘Man of The Match’ selepas mempamerkan aksi yang cemerlang ketika berhadapan dengan pasukan Barcelona.
🏆 MAN OF THE MATCH | @Williaaams45, jugador del @AthleticClub, es el mejor jugador de la gran final de la #Supercopa.
👐🏻 ¡¡Enhorabuena, IÑAKI!! pic.twitter.com/hxMh8xmsg5
— RFEF (@rfef) January 17, 2021
Perlawanan ini didominasi oleh pasukan Barcelona sejak awal permainan lagi membuatkan pemain Athletic sentiasa berada di kawasan sendiri bagi mempertahankan gawang gol ditembusi.
Penyerang Barcelona , Antonio Griezman yang telah mempamerkan taringnya semula berjaya menjaringkan gol pada minit ke 40 bagi Barcelona mendahului 1-0.
Bagaimanapun gol berkenaan gagal dipertahankan setelah Athletic Club pula membolosi gawang Barcelona pada minit ke 42 menerusi Oscar De Marcos yang menyempurnakan hantaran daripada Inaki Williams.
Kedudukan kekal 1-1 dan pada separuh masa kedua , Los Blancos terus menggandakan asakan menembusi pasukan lawan.
Barcelona 1-1 Athletic Club HT:
⚽️ Griezmann
⚽️ de MarcosTwo goals in two minutes sees the teams go in level at the break. pic.twitter.com/hQZGIvjk2B
— Squawka News (@SquawkaNews) January 17, 2021
Tetapi Athletic berjaya memperolehi gol yang kedua terlebih dahulu namun ia dibatalkan oleh pengadil setelah mendapati seorang pemainnya offside melalui bantuan video pengadil (VAR).
Griezman sekali lagi menjadi wira apabila menyempurnakan hantaran lintang yang rendah oleh Jordi Alba pada minit ke 77 dan Barcelona pada ketika itu hanya memerlukan 13 minit untuk mempertahankan keputusan gol berkenaan.
40’ ⚽
77’ ⚽Antoine Griezmann puts Barca back in front in the Supercopa ✨ pic.twitter.com/0kjKem72mh
— B/R Football (@brfootball) January 17, 2021
Seakan Barcelona hampir merangkul trofi Super Sepanyol untuk kali ke 14 , pemain gantian Athletic , Asier Villalibre menyamakan kedudukan 2-2 hasil umpanan cantik oleh perancang mereka Iker Muniain minit ke 90 dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Athletic berada di hadapan Barcelona pada minit ke-94 selepas penyerang sensasi Inaki Williams menjaringkan gol sekali lagi hasil umpanan oleh arkitek Iker Muniain.
Terdesak dengan gol penyamaan itu , Barcelona meningkatkan gerakan menyerang tetapi malang bagi skuad Koeman , Messi telah menerima kad merah selepas menampar seorang pemain Athletic dan mengakibatkan kapten Barcelona itu dibuang padang oleh pengadil 10 minit sebelum tamat masa tambahan perlawanan tersebut.
Uh oh 😬 It took 753 games, but Lionel Messi has finally received the first red card of his Barcelona career!
They lost to Athletic Bilbao in the Spanish Super Cup.
Read ⬇️ #bbcfootball
— BBC Sport (@BBCSport) January 18, 2021
Ini merupakan kali pertama pemain Argentina ini di buang padang sepanjang karier professional bolasepaknya dan sudah tentu ia menjadi kenangannya yang akan meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini.