Expand To Show Full Article
Piala FA Emirates 2020/21: Manchester United Hadapi Liverpool Pusingan Keempat - Grandstand Kita

Piala FA Emirates 2020/21: Manchester United Hadapi Liverpool Pusingan Keempat

Manchester United akan bertemu dengan Liverpool di pusingan keempat Piala FA Emirates pada 24 Januari 2021 selepas proses pengundian telah selesai dijalankan pada Isnin.

Skuad Ole Gunnar Solksjaer akan bertandang ke Anfield pada minggu hadapan untuk saingan Liga Perdana Inggeris dan akan bertemu pasukan yang sama bagi FA Cup pula.

Pertemuan ini dijangka hangat diperkatakan oleh para penyokong dua kelab berkenaan kerana kedua-dua pasukan sedang memberikan persaingan yang sengit untuk musim 2021 ini.

Ia minggu yang boleh memberikan tekanan kepada Ole Gunnar Solksjaer dalam cabaran mengekalkan misi mesti menang pada setiap perlawanan yang akan dihadapi oleh anak buahnya.

Liverpool sedang mendahului Red Devils di tangga teratas dalam kempen Liga Premier Inggeris dengan berkongsi mata yang sama tetapi mempunyai kelebihan jaringan gol selepas 17 perlawanan.

Sekiranya Manchester United berjaya menundukkan Burnley pada awal pagi esok (Rabu) , ia akan merampas tangga teratas sebagai pendahulu buat kali pertama dalam masa tujuh tahun selepas era Sir Alex Ferguson yang merangkul Juara Liga Premier kali ke 20 pada 2012/2013.

Bagi saingan Piala FA Cup , kali terakhir Manchester United menang trofi ini pada tahun 2015/2016 menewaskan pasukan Crystal Palace yang pada ketika itu Louis van Gaal menjadi pengurus sebelum beliau dipecat.

Manakala bagi Liverpool selepas menjuarai trofi UCL 2018/2019 dan  EPL pada musim lepas, sudah pastilah Jurgen Klopp mengidamkan trofi Piala FA ini yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2005/2006 buat kali ke tujuh semasa di bawah pengurus Rafa Benitez.

The last Liverpool team to win the FA Cup in 2006 - what happened to them? | GiveMeSport

Liverpool yang terpaksa menunggu sehingga ke penentuan sepakan penalti selepas seri 3-3 dengan West Ham United pada masa sebenar perlawanan dan keputusan 3-1 penalti mengesahkan kemenangan The Reds.

Kongsi artikel ini