Piala FA Emirates 2020/21 : Empat Moment Yang Akan Diingati Kelab Kecil Marine FC

Siapa yang menyangka bahawa sebuah kelab bolasepak dari divisyen kelapan telah berdepan dengan sebuah kelab gergasi dari Liga Perdana Inggeris dalam saingan Piala FA kalah mati.

Itulah sebuah kisah besar serta akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh sebuah kelab kecil Marine FC yang berpengkalan di sebuah bandar kecil Corsby , Merseyside.

Pasukan bolasepak Marine FC telah diundi menentang pasukan Spurs dalam pusingan ketiga Piala FA dan keputusan perlawanan itu telah berpihak kepada kelab di bawah pengendalian Jose Mourinho dengan kemenangan 0-5 yang berlangsung di Rossette Park.

Bagaimanapun , bukan keputusan perlawanan itu sebagai satu perkara yang kekal dalam ingatan pemain kelab tetapi ada beberapa perkara manis yang boleh menjadi satu catitan amat bermakna pada mereka.

Ini empat perkara yang menjadi kenangan oleh Marine FC sepanjang sejarah kelab berkenaan.

1.Liverpool Hantar Analisis Video Spurs Bantu Marine FC

Ini ialah suatu perkara yang mengejutkan apabila pasukan Liverpool telah menghantar video analisis Spurs kepada Marine FC bagi tujuan mengkaji corak permainan serta kekuatan dan kelemahan yang ada.

Bagaimanapun Jose Mourinho gembira kerana Liverpool dapat membantu pasukan itu.

Menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media sebelum perlawanan setelah pengurus Marine FC Neil Young mendedahkan perkara tersebut , Mourinho berkata ,

“Pada hemat saya , Liverpool membantu Marine adalah perkara biasa,”

“Kamu tahu mereka berjiran dan saya cukup yakin ada hubungan emosi antara mereka.”

“Sekiranya Liverpool memberi mereka analisis dari kami dan akses ke rakaman yang tidak mereka miliki , saya rasa itu sangat normal.” ujar pengurus tersebut.

2. Penyokong Spurs Tidak Lokek Membeli Tiket Atas Talian Walau Tidak Hadir

Ternyata penyokong Spurs mempunyai hati yang baik dengan membeli tiket atas talian perlawanan diantara Marine FC yang menjadi tuan rumah kepada Spurs.

Dikatakan tiket bagi menonton perlawanan atas talian telah terjual sebanyak 10 ribu keping dan Marine FC telah menjana pendapatan yang lumayan hasil penjualan tiket berkenaan.

Pengerusi Kelab Marine FC sangat menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih khas kepada penyokong Spurs kerana kebaikan mereka membeli tike perlawanan itu.

Tanpa kehadiran penonton di dalam stadium mendatangkan kesan yang besar kepada kelab kecil seperti Marine FC. Ini menyebabkan kelab tersebut terlepas peluang mengaut keuntungan sekitar £100,000 bagi tiket hadir ke stadium £75,000 diperolehi daripada badan penyiar BBC.

Kantung kewangan yang sangat terhad menyukarkan kelancaran perjalanan kelab tersebut yang rata-rata pemain kelab tersebut hanyalah seorang pemain separuh masa sahaja kerana mempunyai pekerjaan yang lain.

3. Ex-Liverpool Jamie Caragher Menjadi Penaja Perlawanan Besar Itu.

Lagenda Liverpool Jamie Caragher sangat berbesar hati menaja perlawanan yang diadakan di Rossette Park stadium.

Bekas bek ini pernah duduk dan membesar di residen bandar Cosby ini dan kenangan itu membuka hati beliau menaja perlawanan tersebut.

Melalui yayasan Jamie Caragher yang dikenali sebagai JC23 , yayasan beliau telah membeli sebahagian tempat duduk stadium dan kit pra latihan pemain untuk menghadapi pasukan Spurs sebelum perlawanan termasuk memperbaiki permukaan padangnya agar permainan dapat berjalan lebih baik.

Sesungguhnya pengurusan kelab Marine FC amat terhutang budi kepada Jamie Caragher.

Marine will host Tottenham on Sunday evening

4. Spurs Hadiahkan Jersi Baru Tottenham Hotspur Kepada Semua Pemain Marine.

FA Inggeris telah menetapkan satu protokol baru bahawa tidak dibenarkan pemain bertukar baju selepas perlawanan kerana kes Covid-19 yang semakin meningkat sehingga ada pemain dari kelab Inggeris disahkan positif Covid.

Oleh kerana ia merupakan perlawanan yang bersejarah buat kelab Marine , pengurusan Spurs dengan penuh penghormatan menghadiahkan jersi baru pemain mereka sebagai tanda kenang-kenangan kepada pemain-pemain Marine yang telah terlibat dalam perlawanan itu.

Penghargaan daripada kelab besar kepada kelab yang kecil merupakan satu semangat kesukanan tinggi yang perlu dicontohi oleh semua pihak.

Bolasepak merupakan platform kesepaduan dan kerjasama diantara satu sama lain dapat membantu komuniti bolasepak menjadi lebih sejahtera.

Kongsi artikel ini