Tanpa Bruno Fernandes , Harry Maguire , Marcus Rashford , Pogba , Martial dan De Gea , pemain tengah yang berasal dari Scotland ini memberikan kemenangan kepada bossnya 1-0 selepas berjaya menundukkan Watford awal pagi tadi di Old Trafford dalam saingan Piala FA pusingan ketiga.
Pemain tengah yang telah diberikan lilitan kapten buat pertama kali dalam kariernya bergelar pemain professional hanya memerlukan lima minit selepas perlawanan dimulakan pada separuh masa pertama menanduk bola yang terlebih dahulu melantun di atas padang sebelum menerjah ke penjuru kanan gawang gol.
Captain ✅
Goalscorer ✅Love it, @McTominay10 🙌
🔴 #MUFC
🏆 #FACup pic.twitter.com/U7MAhDTGWd— Manchester United (@ManUtd) January 9, 2021
Pujian juga diberikan kepada pertahanan Alex Telles yang telah melakukan crossing yang baik daripada sepakan sudut yang diambil oleh beliau. Tanpa Bruno sekalipun , Alex telah mencipta enam peluang kepada bahagian serangan untuk menghasilkan gol bagi Manchester United.
Alex Telles created six chances for Man Utd vs. Watford, including an assist for the opening goal.
Another creative outlet in Bruno's absence. pic.twitter.com/Kv7KhoWXSI
— Squawka Football (@Squawka) January 9, 2021
Pengurus Setan Merah telah melakukan pertukaran besar dalam kesebelasan utama pada kali ini dengan memasukkan pemain simpanannya termasuklah Jesse Lingard yang menampilkan aksi pertamanya pada musim 2020/21 ini. Ia sebahagian daripada pelan Ole untuk memastikan pemainnya mempunyai minit perlawanan yang realistik serta sentiasa menunjukkan kualiti permainan yang meyakinkan jurulatihnya.
📋 Plenty of changes for tonight's team sheet — come on United!
💻 https://t.co/YS4CBzXRmU
🔴 #MUFC
🏆 #FACup— Manchester United (@ManUtd) January 9, 2021
Setakat ini pemain yang berusia 24 tahun itu telah menjaringkan empat gol dalam semua kejohanan pada musim ini berbanding pada musim 2019/2020 dengan lima jaringan dalam 37 penampilannya.
All of Scott McTominay's last three goals for Man Utd have come in the opening five minutes of games.
On target early on again. ⚽️ pic.twitter.com/334OW03d2K
— Squawka Football (@Squawka) January 9, 2021
Bercakap dengan BBC selepas perlawanan , Solskjaer menghamburkan pujian untuk produk akademi United ini.
“Sekarang Scott berada dalam prestasi terbaiknya pada hari ini . Dia semakin berbahaya , kami tahu dia boleh menjadi pemain tengah ‘box to box’ yang bagus.
“Dia seharusnya menjaringkan lebih banyak gol dalam set-piece sebelum ini kerana dia seperti raksasa manusia. Saya sangat gembira dia mendapat gol.”
Solskjaer gembira melihat pasukannya melalui perlawanan awal pagi tadi ketika dia mengakui United seperti kehilangan semangat setelah gagal melangkah ke perlawanan akhir Carabao Cup setelah tewas dengan Manchester City.
Man Utd 1-0 Watford FT:
Shots: 19-18
Shots on target: 7-3
Possession: 66%-34%
Passing accuracy: 86%-71% https://t.co/IpSs9j98KD— Squawka Football (@Squawka) January 9, 2021
“Perkara yang paling penting dalam memenangi piala adalah anda mengharungi perlawanan ini dengan yakin sehingga mendapat keputusan yang akan membuat semua orang gembira dan 15-20 minit pertama yang saya rasa adalah puncak permainan kami,” tambahnya.
Bagaimanapun , kecederaan yang menimpa ke atas Eric Bailly sehinggakan beliau terpaksa diganti oleh Harry Maguire pada separuh masa kedua menyebabkan kerunsingan kepada jurulatih itu.
Eric Bailly was substituted just before halftime of Manchester United's FA Cup match vs. Watford after suffering a head injury. pic.twitter.com/55B6kglBH4
— B/R Football (@brfootball) January 9, 2021
Eric Bailly mendapat kecederaan kepala setelah penjaga gol Red Devils , Dean Henderson melompat tinggi ke atas badannya sehingga lutut penjaga gol itu menghantuk kepala pertahanan tersebut.
Good job by the team to advance in the #FACup.
I am OK, it was just a knock. 💪🏾 pic.twitter.com/Ua8oQiV91k— Eric Bailly (@ericbailly24) January 9, 2021
Namun , berita yang dikongsikan oleh Bailly sendiri dalam Twitternya melegakan keadaan kerana dua pertahanan Show dan Lindelof belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dihadapi pada ketika ini untuk menghadapi saingan EPL pula selepas ini.
Manchester United akan bertemu dengan Burnley yang menjadi tuan rumah pada 13 Januari 2020 untuk minggu ke 18 EPL. Sekiranya skuad Ole menang ke atas Burnley , hasrat pasukannya untuk menduduki tahta EPL akan tercapai kerana Liverpool cuma akan turun pada 22 Januari menentang pasukan yang sama iaitu Burnley.