Piala Europa 2020/21 : 5 Perkara Manchester United Menang Mudah Ke Atas Granada

Pasukan kerdil dalam La Liga , Granada mudah ditewaskan oleh skuad Solksjaer 0-2 dalam saingan suku akhir Europa League awal pagi tadi di stadium Estadio Nuevo Los Carmenes. .

Kejayaan anak buah Solksjaer menewaskan wakil dari Sepanyol ini hanya selangkah lagi untuk menuju ke separuh akhir di mana mereka akan melayani skuad kendalian Diego Martinez di Old Trafford dalam perlawanan timbal balik pada minggu hadapan.

Berikut adalah 5 perkara yang menjadi tumpuan dalam perlawanan tersebut.

1. Kejutan peminat memasuki padang tanpa seurat benang.

Tidak sampai enam minit perlawanan sedang bermula , ia dikejutkan dengan seorang lelaki yang misteri secara tiba-tiba memasuki ke tengah padang sambil berbogel dan berlari tanpa arah tuju. Namun mujur polis dan bersama marshal perlawanan dapat menangkap lelaki ini dan membawa keluar dari padang.

His Europa League tie is over…

Tidak dapat dipastikan apakah motif lelaki yang tidak dikenali ini memasuki padang. Bagaimanapun perlawanan ini terhenti hanya lima minit dan kembali disambung selepas insiden itu.

Kejadian ini dikatakan telah berlaku di luar stadium sebelum itu dan entah bagaimana lelaki ini boleh melepasi memasuki stadium berkenaan.

2. Marcus Rashford mencapai rekod jaringan 20 gol

Rashford berjaya mencapai jaringan ke 20 milik peribadinya selepas menjaringkan gol pertama dalam perlawanan tersebut. Pemain muda ini mengalami kecederaan ketika menentang Brighton dalam perlawanan dalam hujung minggu lalu tampil dengan aksi yang mengagumkan dengan menjaringkan go hasil dari hantaran ‘world class’ oleh Lindeloff.

Rashford kini berjaya mencapai jaringan angka ke 20 sekaligus kembali menyamai rekod jaringan  pada musim 2019/2020 dengan 22 gol dalam semua peringkat kejohanan.

Dalam kejohanan Eropah ini musim ini , pemain itu menyamai rekod lapan jaringan gol mantan pemain Manchester United , Cristiano Ronaldo dari Juventus dan menjadi pemain Inggeris pertama untuk Red Devils menjaringkan lapan gol selepas era Bobby Charlton pada tahun 1964-65

Walaupun pemain ini dibebani dengan jumlah perlawanan yang banyak dalam semua peringkat kejohanan , Rashford dijangka akan memecahkan rekod 22 gol yang dihasilkan beliau pada musim lalu.

Manchester United juga menjadi pasukan pertama liga Inggeris yang mempunyai dua pemain yang menjaringkan lebih 20 gol iaitu Bruno Fernandes dan Marcus Rashford pada musim ini.

3. Umpanan ‘World Class’ Victor Lindelof.

Victor Lindelof jarang menghasilkan bantuan gol untuk penyerang hadapan , tetapi dalam perlawanan itu , beliau menunjukkan kemampuannya untuk membuat hantaran jauh dan tepat ke Marcus Rashford untuk mencipta gol pertama buat United.

Hantaran berkualiti itu turut mendapat pujian dari ramai penyokong yang membuat perbandingan diantara Tony Kroos serta Lindelof.

Jose Mourinho dalam satu temubual dengan TV Sky Sport pada minggu lalu ketika menjadi pengulas dalam perlawanan West Ham United vs Manchester United telah menyatakan kelemahan besar Lindelof adalah pertarungan dalam memenangi bola di udara kini terpaksa  menghamburkan pujian pula kepada ‘ball playing centre back’ itu selepas ini.

Pemain antarabangsa Sweeden itu juga mempamerkan aksi yang konsisten dalam perlawanan antarabangsa dua minggu lalu dan diteruskan dalam perlawanan menentang Granada.

4. Red Devils hadapi penggantungan pemain

Solksjaer terpaksa melupakan khidmat Harry Maguire , Scott McTominay dan Luke Shaw dalam aksi timbal balik pada minggu depan kerana telah cukup kuota mendapat kad kuning.

Berkemungkinan pengendali dari Norway ini akan menggunakan khidmat Alex Telles dan Eric Baily di bahagian pertahanan. Sementara di bahagian tengah kekosongan itu dijangka diisi oleh pemain Belanda Donny van de Beek atau Paul Pogba sekiranya beliau pulih 100% dari kecederaan.

5. Kemampuan Granada boleh mengaibkan Red Devils

Skuad kendalian Diego Martinez ini mungkin boleh membuatkan Red Devils kecewa dalam perlawanan timbal balik sekiranya mereka memandang rendah atas kemampuan pasukan yang sedang menghuni tangga ke sembilan dalam La Liga ini.

Tidak sampai tiga tahun , jurulatih muda ini menjadi pengurus Granada mampu membawa pasukannya ke dalam saingan La Liga dari liga bawahan dan meloloskan diri dalam Europa League pada musim ini. Ia adalah satu pencapaian yang sangat menakjubkan.

Penutup

Mampukah Manchester United mempertahankan dua gol yang dapat dari tempat lawan atau sengaja mencari nahas jika Granada bangkit semula dan memenangi perlawanan timbal balik tersebut.

Kembali semula Roberto Soldado 35 , penyerang yang pernah bermain untuk Spurs ke gelanggang Old Trafford kali terakhir menjejakkan kakinya pada Disember 2014 mungkin bernasib baik boleh mengubah keputusan namun ia akan bergantung sepenuhnya kepada strategi kedua-dua jurulatih ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini