Manchester United mudah menewaskan Nottingham Forest 2-0 di separuh akhir kedua Piala EFL yang berlangsung di Old Trafford pada awal pagi tadi.
Ini bermakna United mara ke perlawanan akhir pertandingan tersebut dengan agregat 5-0 selepas menewaskan lawan yang sama di separuh akhir pertama di tampat lawan pada minggu lalu.
Kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala EFL kali ini bermakna United kini berpeluang menjuarai pertandingan tersebut buat kali keenam dalam sejarah pertandingan.
Ia juga merupakan perluang pertama United meraih trofi di bawah kendalian pengendali Belanda, Erik ten Hag sejak beliau mulai mengemudi pasukan itu pada April tahun lalu.
Mudah buat Man Utd
Manchester United sebenarnya memenangi perlawanan ini dengan mudah untuk bertemu Newcastle United di perlawanan akhir yang dianggap seperti ulangan pertemuan kedua-dua pasukan tersebut di Wembley pada 1999.
Dua gol babak kedua oleh Anthony Martial dan Fred pada awal pagi tadi mengesahkan laluan United, selepas sebelum ini memiliki kelebihan hasil kemenangan 3-0 di Stadium City Groud pada minggu lalu.
FT: Manchester United 2-0 Nottingham Forest (#MUFC win 5-0 on aggregate)
🔴 73': Martial
🔴 76': FredErik ten Hag's side will play Newcastle United in the 2023 Carabao Cup final.#MUNNOT | #MUFC pic.twitter.com/MpRnuWRveL
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) February 1, 2023
Martial yang kembali beraksi selepas terpaksa berehat sejak empat perlawanan lalu akibat kecederaan cemerlang menjaringkan gol keenam peribadi pada musim ini apabila pemain itu menyempurnakan hantaran yang sebenarnya ditujukan ke arah Rashford sebelum terbias ke arahnya.
Selang tiga minit kemudian, Fred melebarkan kedudukan selepas hantaran melencong Bruno Fernandes menemui Rashford. Penyerang England itu kemudiannya menghantar bola kepada pemain dari Brazil itu untuk disempurnakan dengan lutut untuk menjadikan kedudukan 2-0.
• Sancho back
• Martial back with a goal
• Rashford's assist
• Win and a clean sheet
• Man Utd going to WembleyPerfect night ❤️ pic.twitter.com/u2MfueLz1z
— UF (@UtdFaithfuls) February 1, 2023
Turut menjadi tumpuan penyokong di Old Trafford adalah pemain baharu, Marcel Sabitzer yang menyaksikan perlawanan di tempat duduk eksekutif.
Manchester Unuted kini berpeluang untuk menamatkan kemarau trofi setelah kali terakhir melakukannya pada 2017.
Buruan trofi Man Utd
Kemarau kejuaraan Manchester United tidaklah selama yang dilalui oleh lawan mereka Newcastle. Namun jika anak buah Ten Hag gagal menterjemahkan kejayaan ke perlawanan akhir selaku juara Piala EFL pada musim ini, ini bermakna ia akan menjadi tempoh paling lama kelab itu tidak memenangi trofi sejak penantian sembilan tahun mereka setelah bergelar juara Eropah pada 1968.
Perkara itu jelas menjadi perkara yang mahu dielakkan oleh Ten Hag apabila beliau berkata di dalam buku program hari perlawanan: “Kelab ini harus sentiasa mahu mengejar kejuaraan.”
Newcastle vs. Manchester United
The League Cup final feels like a throwback ⏪ pic.twitter.com/NOi7k2Xq9E
— B/R Football (@brfootball) February 1, 2023
Tiga bulan seterusnya, United akan beraksi tanpa khidmat Christian Eriksen akibat kecederaan buku lali. Pemain antarabangsa Denmark itu merupakan pemain penting dalam menghasilkan kreativiti di jentera tengah sejak dibawa masuk oleh Ten Hag.
Oleh kerana itu kembalinya Martial bersama skuad utama United dianggap tepat pada masanya.
Pada musim ini Ten Hag mengoptimumkan Martial di posisi No.9. Kemampuan pemain ini memberikan fludity di jentera serangan dengan gerakan yang sering memberikan masalah kepada pemain pertahanan lawan amat diperlukan Ten Hag untuk mengharungi baki saingan pada musim ini.
Victory! Wembley on the 26th ✌️🏽 pic.twitter.com/nbwEjkP9r1
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) February 1, 2023
United turut menyambut kepulangan Jadon Sancho di perlawanan ini selepas pemain sayap itu diasingkan daripada skuad utama untuk menjalani latihan khas dalam usaha mengembalikan keyakinannya.
Manchester United pernah menewaskan Newcastle di perlawanan Piala FA dd Wembley 24 tahun lalu dalam laluan mereka menjadi satu-satunya kelab dari England yang pernah menjuarai gelaran treble sehingga ke hari ini.
Tetapi United kali ini juga sedar ia tidak semudah itu kerana turut perlu bertemu Barcelona di Europa League, tiga hari sebelum perlawanan akhir Piala EFL di Wembley pada 26 Februari hadapan.