Stadium Ras Abu Aboud atau lebih dikenali dengan kod nama Stadium 974 akan mula dirobohkan pada hari ini sebaik sahaja ia selesai menganjurkan perlawanan terakhir di antara Brazil dan Korea Selatan pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Menurut laporan media antarabangsa AP dan Arabianbusness, peroses melerakan struktur stadium tersebut bermula pada hari ini (6 Disember).
Stadium 974 dibina daripada 974 kontena kargo dan merupakan stadium pertama di dunia di mana bumbungnya boleh dipindahkan. Angka 974 juga signifikan dengan kod antarabangsa telefon Qatar.
FIFA World Cup Qatar 2022 – Stadium 974 – Construction Timelapse pic.twitter.com/X8CJ7Q0mSX
— LMOUNTAKHAB 🥑 (@Raschiid) November 26, 2022
974 kontena kargo itu sebelum ini dilaporkan akan dihantar ke Maldodado, Uruguay untuk kegunaan di Piala Dunia 2030, sekiranya negara tersebut terpilih untuk penganjuran kejohanan edisi tersebut.
Sebelum ini stadium tersebut telah menganjurkan enam perlawanan peringkat kumpulan membabitkan Mexico 0-0 Poland, Portugal 3-2 Ghana, Perancis 2-1 Denmark, Brazil 1-0 Switzerland, Argentina 2-0 Poland, dan Serbia 2-3 Switzerland.
Stadium 974 will be dismantled now it's hosted its final World Cup game 👋 pic.twitter.com/zPmrKnfYHy
— GOAL (@goal) December 5, 2022
Stadium tersebut turut digunakan untuk perlawanan terakhirnya pada malam tadi menyaksikan Brazil menewaskan Korea Selatan dengan jaringan 4-1 di pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik Piala Dunia Qatar.
Dibina di Doha, Qatar, stadium tersebut memiliki kapasiti 40,000 tempat duduk. Ia dibina berinspirasikan perdagangan maritim Qatar.
That's the last game at Stadium 974 at this World Cup in Qatar.
The arena, which is made up of shipping containers, will now be completely dismantled and put back together when needed. pic.twitter.com/ZwSIHktqeJ
— ESPN UK (@ESPNUK) December 5, 2022
Stadium 974 juga merupakan satu-satunya stadium di Piala Dunia 2022 yang tidak mempunyai penghawa dingin.
Disebabkan keadaan itu, semua perlawanan yang dianjurkan di stadium tersebut diadakan lebih lewat berbanding dengan perlawanan yang diadakan di venue lain.