Anak-anak buah Ole Gunnar Solksjaer gagal meneruskan rentak kemenangan setelah tumpas dengan skuad Pep Guardiola 0-2 di Old Trafford awal pagi tadi di separuh akhir Piala Carabao.
Man Utd 0-2 Man City FT:
⚽ Stones
⚽ FernandinhoManchester City reach their fourth consecutive League Cup final. pic.twitter.com/dhegWSkC62
— Squawka News (@SquawkaNews) January 6, 2021
Kekalahan ini ternyata mengecawakan pengurus Manchester United itu. Beliau telah menghadapi kekalahan empat kali dalam pertemuan separuh akhir sepanjang menguruskan pasukan itu.
Ole Gunnar Solskjaer's record in semi-finals as Manchester United manager:
❌ Man Utd 0-2 Man City (League Cup)
❌ Man Utd 1-2 Sevilla (Europa League)
❌ Man Utd 1-3 Chelsea (FA Cup)
❌ Man Utd 1-3 Man City (League Cup) pic.twitter.com/Rd9WRkxbzA— Football Tweet (@Football__Tweet) January 6, 2021
Gol kemenangan Manchester City telah diperolehi melalui dua pemain tengahnya iaitu John Stones dan Fernandinho pada separuh masa kedua dan akan bertemu dengan Tottenham Hotspurs di perlawanan akhir pada 25 April depan di stadium Wembley.
The 2020/21 Carabao Cup Final is confirmed.@ManCity and @SpursOfficial, we'll see you at Wembley! #EFL | #CarabaoCup pic.twitter.com/JwT2UVYoMa
— Carabao Cup (@Carabao_Cup) January 6, 2021
Pengurus kelahiran Norway ini telah meluahkan rasa kekecewaannya terhadap prestasi pemain-pemainnya dalam satu wawancara selepas perlawanan itu berakhir.
” Pemain City mampu menjaringkan gol yang hebat , dan kita boleh terima hal itu. Tetapi dua set piece yang sepatutnya pemain boleh kawal dan tidak memboloskan gol. Mereka boleh mengeluarkan bola itu daripada kawasan permainan tetapi ia tidak terjadi.
” Saya begitu kecewa. Kami tidak cukup bagus walaupun banyak membuat percubaan ke arah gol. Tiada gol yang dapat diperolehi.” ujar jurulatih itu yang jelas kecewa.
– Norwegian Cup 2013: 1-2
– Norwegian Cup 2013: 2-2
– Norwegian Cup 2017: 0-3
– League Cup 2020: 2-3
– FA Cup 2020: 1-3
– Europa League 2020: 1-2
– League Cup 2021: 0-2Ole Gunnar Solskjaer has never won a semi-final in 90 minutes as a manager…😱#MUNMCI pic.twitter.com/TTuonvutOA
— The Sack Race (@thesackrace) January 6, 2021
Kedua-dua pasukan itu telah menunjukkan aksi permainan dengan intensi menyerang yang banyak pada separuh masa pertama namun ternyata tidak bernasib baik untuk mendahului pasukan lawan.
Ada beberapa percubaan dari kedua belah pasukan seperti gol yang dibatalkan kerana offside dan bola sekadar menyinggahi palang atau tiang gol menyebabkan kedudukan masih seri pada ketika itu.
Sehinggalah pada minit ke 50 , John Stones berjaya membuka jaringan gol pertama menerusi John Stones untuk mendekatkan lagi peluang City ke perlawanan akhir Carbao Cup 2020/21.
GOAL! John Stones 49'
Follow @Dammyte for more live streaming
Retweet to reach more friends
Man United 0-1 Man City | pic.twitter.com/qao0Qxbcuv
— LIVE FOOTBALL (@Dammyte) January 6, 2021
Bruno Fernandes dan rakannya cuba merapatkan kedudukan tetapi pemain Portugal yang menjadi pemain tengah terbaik di EPL ini tampak seperti hilang sentuhan untuk mencipta peluang gol kepada Rashford dan Martial apatah lagi gol untuk dirinya.
#MUNMCI
Follow @GoalRushh777 #MUNMCI
Man United 0-2 Man City – Fernandinho Goal 🎥pic.twitter.com/nZvYNmyJXU— @GoalRushh777 (@GoalRushh777) January 6, 2021
Manchester United akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan skuad Pep Guardiola selepas minit ke 83 , Fernandinho dapat melepaskan sepakan dari luar kotak penalti tanpa dicabar oleh pertahanan mereka termasuk Maguire menjadikan gol 2-0 dan seterusnya menutup peluang skuad OGS untuk melangkah ke perlawanan akhir.