Expand To Show Full Article
Piala Carabao 2020/21 : Anthony Martial Temui Prestasi Terbaiknya - Grandstand Kita

Piala Carabao 2020/21 : Anthony Martial Temui Prestasi Terbaiknya

Ole Gunnar Solksjaer yang sering dikritik oleh peminat kerana terus memberikan kepercayaan terhadap penyerangnya Anthony Martial mungkin bernafas lega setelah pemain jersi no.9 itu menjaringkan gol menewaskan Everton saingan Piala Carabao Cup 2-0 awal pagi tadi.

Graf statistik persembahan pemain antarabangsa kelahiran Perancis itu meningkat dalam tiga penampilan yang lepas menunjukkan bahawa beliau sedang kembali ke prestasi terbaiknya menjelang sambutan Hari Krismas esok.


Pasukan Setan Merah mendominasi permainan pada separuh masa pertama berjaya melancarkan beberapa gerakan berbahaya melalui Bruno Fernandes , Greenwood , Pogba dan Donny Van De Beek.

Manchester United yang turun sebagai pasukan pelawat di stadium Goodison Park mengambil masa hingga ke hujung masa perlawanan sebelum El Matador Cavani memecahkan kebuntuan gol pada minit ke 88.

Anthony Martial yang masuk sebagai pemain gantian bijak melorongkan bola di celah pemain Everton ke Cavani sebelum merembat deras menggunakan kaki kiri menewaskan penjaga gol Everton.

Kemasukan Anthony Martial juga mengubah rentak Red Devils lewat permainan tersebut. Pemain itu juga menjaringkan gol kedua pada minit kecederaan bagi menutup peluang skuad Carlo Ancelotti dari mara ke separuh akhir Piala EFL.

Marcus Rashford berjaya melorongkan bola kepada Martial yang masuk ke kotak penalti dan menewaskan Robin Olsen sebelum wisel penamat dibunyikan oleh pengadil

 

Kemaraan ini memastikan United mara ke separuh akhir bersama sama dengan Tottenham Hotspur, Manchester City dan pasukan Liga Kejuaraan – Brentford.

Manchester United akan berhadapan dengan Manchester City dalam perlawanan separuh akhir.

Edinson Cavani juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini