Piala AFF 2023 B (23) : Malaysia Diberikan Kemenangan Percuma Oleh Penganjur Kejohanan

Skuad kendalian Brad Maloney tidak perlu bermandikan peluh di atas padang setelah pihak penganjur memberikan kemenangan percuma berikutan skuad Myanmar telah menarik diri dari perlawanan pembukaan itu yang sepatutnya bermula pada jam 05.00 petang  ini.

Pasukan Myanmar merupakan pasukan kedua yang menarik diri daripada kejohanan berkenaan selepas Indonesia turut berbuat demikian selepas terdapat kes positif Covid-19 yang menular di kalangan para pemain kedua-dua pasukan.

Wartawan Astro Arena , Fina Masrom di dalam ciapan media sosial Twitternya juga memaklumkan laporan ini di terima dua jam sebelum perlawanan di antara Malaysia dan Myanmar akan berlangsung di Stadium Prince , Phnom Penh

 

Berikutan pengesahan ujian positif di kalangan beberapa pemain , keputusan telah diambil untuk menarik diri daripada kejohanan Piala AFF B23 2022 untuk membantu meminimumkan risiko jangkitan selanjutnya. Pemain dan kakitangan yang dikenal pasti mempunyai hubungan rapat juga telah ditempatkan secara berasingan untuk pemerhatian.

Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara turut mengeluarkan satu kenyataan yang ringkas berikutan dengan situasi runcing yang terpaksa dihadapi oleh pasukan Myanmar.

Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth berkata, “Amat kesal kerana pasukan Myanmar U23 terpaksa menarik diri daripada Kejohanan AFF U23. Kami difahamkan bahawa pasukan telah berusaha keras untuk memulakan kempen mereka dan peminat tidak sabar-sabar untuk menangkap pasukan beraksi. Walau bagaimanapun, kesihatan dan keselamatan semua orang yang terlibat adalah amat penting dan kami memahami sepenuhnya keputusan yang telah diambil. Kami mendoakan ahli yang terjejas sembuh sepenuhnya dan cepat.”

Skuad Harimau Muda hanya berada satu langkah lagi untuk mara ke perlawanan separuh akhir dengan pertemuan pasukan Laos yang bakal berlangsung pada 18 Februari 2022.

Kongsi artikel ini