Phil Foden dan Riyad Mahrez masing-masing menjaringkan dua gol untuk membelasah Burnley dan memaksa Liverpool menunggu lebih lama untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.
Tiga gol pada babak pertama membuatkan City memperolehi pendahuluan selesa dalam memastikan kemenangan besar di Etihad.
Gol menakjubkan dari jarak jauh oleh Phil Foden membuka tirai jaringan pada minit ke-22 perlawanan.
Riyad Mahrez kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0 melalui gerakan solo, sebelum pemain Algeria itu menyempurnakan sepakan penalti setelah Sergio Aguero dikasari di dalam kotak penalti.
⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️@PhilFoden 22', 63' @Mahrez22 43', 45+3' (pen)@21LVA 51'
🔵 #ManCity pic.twitter.com/9jBK2XGFIW
— Manchester City (@ManCity) June 22, 2020
Burnley datang ke dalam perlawanan ini pincang dengan tidak menamakan senarai penuh pemain akibat penularan wabak.
Tetapi City tidak menunjukkan sebarang belas kasihan apabila Phil Foden memulakan gerakan yang membenarkan Bernardo Silva melakukan hantaran kepada David Silva yang menyudahkannya untuk menjadikan kedudukan 4-0 selepas waktu rehat.
Phil Foden kemudiannya menjadikan kedudukan 5-0 setelah menyempurnakan hantaran David Silva yang dibantu oleh Gabriel Jesus.
Kemenangan tersebut bermakna skuad Pep Guardiola kini ketinggalan 20 mata berbanding pendahulu Liverpool dengan baki 8 perlawanan.