Peruntukkan RM2 Juta Bayar Gaji Pemain Kedah Tidak Pernah Diluluskan

Peruntukkan sebanyak RM2 juta daripada kerajaan negeri bertujuan untuk membayar tunggakan pemain dan pegawai Kedah FA seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris sebelum ini tidak pernah diluluskan.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar Kedah, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor semalam. Menurut Sanusi lagi, kerajaan negeri terdahulu hanya membuat cadangan bayaran. Namun sebarang kelulusan tidak pernah berlaku kerana ia terlalu hampir ketika peralihan kerajaan negeri.

Antara jawatan yang di pangku meninggalkan kenangan yang paling manis ialah Setiausaha Kehormat KFA: Saya ingin…

Posted by Asmirul Anuar Aris FC on Monday, 18 May 2020

Sebelum itu beberapa laporan akhbar mendedahkan kekecewaan dan keluhan pemain Kedah FA yang tidak menerima gaji sejak Februari lalu menjelang sambutan Aidilfitri yang dijanjikan.

Ia beriukutan pada 19 Mei lalu, iaitu sebelum Syawal, Asmirul berjanji agar tunggakan tersebut akan dibayar sebelum sambutan Aidilfitri.

“Pengumuman kerajaan lama bahawa sebanyak RM1.5 juta diguna untuk membayar gaji tertunggak pemain Lang Merah sebetulnya baharu dalam peringkat cadangan dan dibentangkan dengan pembayaran sememangnya tidak dibuat,” ujar Sanusi di Wisma Darul Aman semalam.

Nampaknya belum selesai. Harap wakil KFA dapat memberikan respon segera. Apa pun Salam Aidilfitri buat semua pembaca Semuanya BOLA.

Posted by Semuanya BOLA on Saturday, 23 May 2020

“Oleh itu pihak pentadbiran kerajaan negeri berpandangan sebaiknya kelulusan jumlah yang besar itu dibuat oleh kerajaan baharu.

“Jadi kita pertimbang untuk meluluskan bayaran itu di samping inisiatif lain yang diambil kerajaan untuk menyelesaikan masalah berbangkit dalam KFA.”

Selain daripada akan menyelesaikan masalah gaji, Sanusi turut mempersoalkan perbelanjaan KFA sebelum ini termasuk kontrak yang ditandatangani bersama pihak ketiga tanpa membuat kajian kewangan terlebih dahulu.

Sehubungan dengan itu, Sanusi berkata bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir wajar untuk menyelesaikan masalah berbangkit yang ada dalam badan dinduk bola sepak negeri itu terlebih dahulu.

“Beliau letak jawatan sebagai Menteri Besar, tidak semestinya letak jawatan sebagai presiden KFA sebab ia perlu dibuat dalam mesyuarat badan induk itu.

“Saya harap pihak persatuan, termasuk presiden, selesaikan masalah berbangkit dalam KFA termasuk beberapa kontrak yang ditandatangani dengan pihak ketiga tanpa membuat kajian kewangan terlebih dahulu,” tambahnya lagi.

 

Sumber: Berita Harian

 

Kongsi artikel ini