Kurang 24 jam lagi waktu Malaysia untuk seluruh penyokong bolasepak akan menumpukan pertembungan musuh tradisi diantara Malaysia dan Vietnam di kempen Piala AFF Suzuki 2020.
1️⃣1️⃣ goals from today's action 😅!
And just look what we've got coming on Sunday 😍
🤩 How excited are you?!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #AFFSuzukiCup pic.twitter.com/Iz5BBcv9sf
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 11, 2021
Kedua-dua pasukan ini akan bermain di Stadium Bishan , Singapura jam 08.30 malam dan ini merupakan perlawanan yang sentiasa menjadi hangat sejak kebelakangan ini apatah lagi skuad kendalian Park Heng So merupakan pasukan pilihan untuk menggondol kejuaraan kali ketiga.
Berada dalam kumpulan yang sama , pertembungan ini pasti meningkatkan suhu panas setelah Park Hang Seo memulakan serangan psikologi ke atas skuad Tan Cheng Hoe dalam sidang medianya.
Park Hang-seo: "Setiap Pasukan Boleh Bawa 30 Pemain, Permintaan Malaysia Tukar Pemain Tak Munasabah"https://t.co/qPcsyB3M4s
— VOCKET FC (@vocketfc) December 11, 2021
Malaysia sudah pasti berusaha untuk menewaskan Vietnam bagi meneruskan momentum kemenangan yang ketiga berturut sekaligus mencerahkan peluang mara ke peringkat seterusnya dan mahu mengekalkan kedudukan di carta pertama kumpulan B.
1. Harimau Malaya Mesti Tamatkan Kemarau Kemenangan Ke Atas Vietnam.
Kali terakhir Malaysia menewaskan Vietnam adalah di Hanoi selepas Harimau Malaya mengalahkan mereka dengan jaringan 4-2 dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 dan selepas itu Vietnam tidak terkalah lagi kepada Malaysia.
2014 AFF Suzuki Cup Semifinals Update:
Malaysia 4-2 Vietnam.
Malaysia moves on to the 2014 AFF Suzuki Cup Finals vs. Thailand
— ABS-CBN Sports (@abscbnsports) December 11, 2014
Pada ketika itu , Vietnam dipimpin oleh jurulatih yang berasal daripada Jepun , Toshiya Miura dan kejayaan menewaskan pasukan Naga Emas ini memastikan Harimau Malaya yang dikendalikan oleh Datuk K.Rajagobal melangkah ke pentas akhir bertemu dengan Thailand tetapi terpaksa berpuas hati sebagai naib juara.
2. Vietnam Raja Bola Sepak Asia Tenggara
Pernah berada pada kedudukan yang terbaik ke 95 dalam ranking FIFA pada tahun 2020 , namun pasukan Park Hang Seo telah jatuh ke tangga ke 99 setakat kemaskini bulan November 2021.
Update Ranking FIFA negara yang mengikuti Piala AFF 2020, Vietnam Raja Asia Tenggara. #FIFAhttps://t.co/fUfe9dhDxq
— sportstarsid (@sportstarsdotid) November 28, 2021
Kejatuhan ranking Vietnam adalah disebabkan pasukan Park Hang Seo telah tewas dalam enam perlawanan , menduduki tangga tercorot , bolos 12 kali dan hanya mampu menjaringkan empat gol sahaja dalam pusingan ketiga kelayakan Piala dunia 2023 sebelum ini.
#Vietnam remain empty-handed in #FIFA World Cup qualifiers after sixth consecutive defeathttps://t.co/eXvT4R7FqR
— Tuoi Tre News (@VietNewsGateway) November 17, 2021
3. Super Safawi Rasid Kembali Rancakkan Jaringan Gol
Pemain sayap Johor Darul Ta’zim ini mengalami kemerosotan prestasi akibat kecederaan pada awal musim Liga Super Malaysia 2020/2021. Kembalinya ke atas padang beliau sering dibayangi dengan aksi konsisten oleh pemain muda yang kini semakin meningkat Arif Aiman yang sentiasa mendapat tempat kesebelasan utama Benjamin Mora.
Namun , ia berubah dalam kempen Piala AFF Suzuki 2020 ini , Safawi Rasid dapat menjaringkan gol semula. Dia perolehi rentaknya ketika skuad kebangsaan menewaskan Kemboja 3-1 dan Safawi meneruskan momentumnya dengan jaringan hatrik selepas membenam Laos 4-0 dan menjadikan sebagai penjaring terbanyak edisi kali ini.
Top Skor sementara AFF Suzuki Cup 2020
1. Safawi Rasid (MAS) : 4 Gol
2. Rahmat Irianto (IDN) : 2 GolSumber: https://t.co/0ouDQCi0qA#AFFSuzukiCup2020 #TimnasDay#garuda pic.twitter.com/iUUm6BsNDH
— FN (@nuryantofajar_) December 10, 2021
Pada pentas akhir Piala AFF Suzuki 2018 , Safawi juga telah menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 2-2 dengan Vietnam pada pusingan pertama sebelum Malaysia akur dengan kemenangan mutlak 1-0 skuad Park Hang Seo untuk menjadi juara kali kedua.
4. Pertembungan General Padang Baddrol Bakhtiar dan Luong Xuan Truong
Tan Cheng Hoe sudah pasti berasa lega kerana Badrol Bakhtiar berjaya memimpin jentera tengah Harimau Malaya yang membawa dua kemenangan setakat ini. Pemain berusia 33 tahun ini dapat mengawal rentak permainan dengan baik ketika bergandingan dengan Mukhairi Ajmal pemain yang mendapat cap pertama skuad kebangsaan.
💪 Dominating the middle of the pitch!
🇲🇾 Baddrol Bakhtiar is the #MASvLAO ⚡️ #FujiElectric Most Energetic Player #AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie pic.twitter.com/aJVS0hmbs6
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 9, 2021
Namun Malaysia harus berwaspada dengan seorang pemain tengah Vietnam yang mempunyai permainan keras iaitu Luong Xuan Truong. Baru berusia 26 tahun tetapi telah memiliki 17 kap kebangsaan , dia merupakan nadi penting kepada bahagian tengah Vietnam.
😎 More than 100 touches and 100 passes for the Goldens Stars ⭐
🇻🇳 Luong Xuan Truong was the ⚡ #FujiElectric Most Energetic Player in the defending champs' win over Laos!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #LAOvVIE pic.twitter.com/0dbXHjewEA
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 6, 2021
Luong Xuan Truong akan berganding dengan seorang lagi pemain tengah kreatif iaitu Do Hung Dung dalam kempen Piala AFF Suzuki ini bagi memastikan Vietnam akan mara ke pusingan yang seterusnya.
#News | 🇻🇳 Midfielder Do Hung Dung returns Vietnam National Team after 6 months of injury.
Hung Dung is best player of Vietnam in 2019.
In March, he had a broken right leg in a V-League 1 game and missed matches of Vietnam National Team in 2022 World Cup Qualifiers this year pic.twitter.com/jXVNw0UmZ2— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 27, 2021
5. Park Hang Seo Akui Tiada Pencetak Gol Terbaik Vietnam
Dalam perlawanan pertama Vietnam menentang Laos , skuadnya gagal beroleh jaringan yang lebih baik setelah penalti yang diambil oleh Van Tanh gagal menemui pintu gol. Walaupun Vietnam memesatkan serangan bertali arus ke arah pertahanan lawan , hanya 2 gol sahaja dapat diperolehi.
Park Hang Seo mengakui bahawa tiada penyerang tulen Vietnam selepas beliau pening kepala memikirkan enam kali tewas dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2023 bulan lalu.
“Saya telah sampai ke sini (Vietnam) 4 tahun lalu, dari generasi pemain seperti Anh Duc, Tien Linh dan lain-lain. Skuad kebangsaan Vietnam tidak ada penyerang. Kelab V.League guna penyerang import sebagai pilihan utama.”
Tambahnya lagi, “Dalam skuad U22 Vietnam sekarang, tiada pemain yang berpotensi terutamanya di posisi penyerang. Bila masalah ini akan selesai, susah untuk saya jawab,”
Kesimpulan
Di atas kertas , Vietnam mampu sahaja menewaskan Malaysia. Bagaimanapun kelebihan mungkin kepada Malaysia. Ramai muka baharu membarisi skuad Harimau Malaya namun Vietnam dikatakan telah melakukan analisis serta taktik yang khusus sebagai ramuan rahsia untuk menewaskan skuad kebangsaan.
Park Hang Seo seorang jurulatih yang gemar menggunakan sidang media sebagai serangan psikologi ke atas lawannya. Ia tidak berkesan kepada pasukan gergasi Asia. Oleh itu jurulatih berasal Korea ini menggunakan sebaik mungkin kemahiran kata-katanya sebagai modal untuk menewaskan pasukan lawannya.
#singapura #bolatime Meskipun di atas kertas Vietnam dilihat cukup ampuh menerusi rekod empat kemenangan dalam lima pertemuan akhir sejak 2018 lalu, namun ia bukan halangan buat skuad Harimau Malaya untuk mencipta kejutan di Stadium Bishan, malam esok. https://t.co/lp5oAi4MSo
— Harian Metro (@hmetromy) December 11, 2021
Lawan sebenar pemain kebangsaan ialah keyakinan diri sendiri dan kekuatan mental yang padu. Apabila kedua-dua emosi ini dapat dikawal , kemungkinan Vietnam terjelepok di kaki Harimau Malaya.