Pertandingan dan pemenang mencipta logo Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDAFC) menjadi tanda tanya ramai penyokong bola sepak khususnya dari negeri Kedah.
Ia berikutan pengumuman pemenang pertandingan mencipta loga tersebut yang bukan dari kalangan tiga finalis asal yang terpilih lebih awal.
Pertandingan mencipta logo untuk pasukan Liga Malaysia Kedah dibuka kepada orang ramai sejak 21 Oktober lalu dengan wang tunai sebanyak RM5,000 dijanjikan kepada pemenang.
π£ππ‘πππ‘ππ πππ‘ ππ’ππ’ πππππ ππ’ππ π¦ππ£ππ πππππ πππ₯π¨π ππ ππ‘ πππ‘ π ππ‘ππ‘ππ ππππππ πͺππ‘π π§π¨π‘ππ π₯π π±,π¬π¬π¬β
βοΈπ§ππ₯π π & π¦π¬ππ₯ππ§
1. Terbukaβ¦
Posted by FA Kedah onΒ Wednesday, October 21, 2020
Tiga rekaan akhirnya telah dipilih daripada ratusan penyertaan yang dihantar untuk undian oleh penyokong.
Posted by FA Kedah onΒ Tuesday, November 17, 2020
Tarikh tutup undian sepatutnya adalah pada 18 haribulan November yang lalu, dan pemenang juga dipilih berdasarkan undian tertinggi oleh penyokong bola sepak Kedah sendiri.
Malah sebagai promosi untuk menggalakkan undian, Kedah turut menggunakan kata-kata: βAnda sebahagian dari sejarah Kedah Darul Aman FC!β
Selepas hampir sebulan sunyi sepi tanpa sebarang berita hari ini penyokong bola sepak negeri tersebut dikejutkan dengan pemilihan logo yang bukan dari kalangan tiga finalis tersebut.
LOGO BAHARU KEDAH DARUL AMAN FC!
Tahniah diucapkan kepada pereka logo, Ku Basri Ku Halim yang telah dipilih sebagai pemenang Penjenamaan Logo KDA FC yang diumumkan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap Presiden KFA di Wisma Darul Aman sebentar tadi pic.twitter.com/aMzhnPAblv
β Official_KedahFA (@official_kfa) December 16, 2020
Dan seperti dijangka, pengumuman tersebut telah mengundang pelbagai komen. Ada yang mempersoalkan di manakah finalis lalu. Tidak kurang juga yang lebih sukakan rekaan yang dipilih sebagai pemenang.
Berdasarkan kenyataan dari pihak Kedah FA selepas pengumuman pemenang tersebut, lebih dari 900 penyertaan telah diterima sebelum ini. Dan hanya 20 rekaan yang dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk dipilih sebagai pemenang.
Tiada penjelasan lanjut mengenai status finalis yang lalu.
Pengumuman logo Kedah Darul Aman FC (KDA FC) diadakan dalam sidang media YAB Haji Muhammad Sanusi Md Noor, Menteri Besarβ¦
Posted by FA Kedah onΒ Wednesday, December 16, 2020
Pemilihan logo dan nama pasukan Kedah berikutan penswastaan pasukan pada musim hadapan bukan kali pertama menjadi perhatian berikutan pilihan pertama yang pernah diumumkan oleh Presiden KFA, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Noor menerima kecaman penyokong mereka sendiri.
Penyokong Kedah kecewa dengan corak logo baharu Darulaman FC (DFC) yang tersebar pada September lalu selepas Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Nor memaparkan sekali imbas gambar logo berkenaan pada satu sidang September lalu.
Kekecewaan itulah kemudiannya mendorong Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk menganjurkan pertandingan mencipta logo untuk dipilih oleh peminat sendiri.
Walaubagaimanapun apakah pendapat anda mengenai rekaan ini? Nyatakan pandangan anda di ruangan komen. Kami mahu mendengarnya dari anda.