Bekas bintang Piala Dunia Brazil, Ronaldinho yang ditahan pihak berkuasa di Paraguay kerana kesalahan menggunakan pasport palsu terpaksa kekal di penjara selepas hakim menolak permohonan beliau untuk menjadi tahanan rumah.
Bekas penyerang Barcelona dan abangnya Roberto ditahan bersama rakan niaga Roberto Assis pada Jumaat lalu kerana menggunakan dokumen palsu memasuki negara berkenaan.
Rakyat Brazil sebenarnya tidak memerlukan passport untuk memasuki Paraguay. Tidak dapat dipastikan mengapa Ronaldinho memiliki dokumen palsu tersebut.
Consent even in jail, so Ronaldinho spends it in prison https://t.co/UhCQXxhrdU pic.twitter.com/lxPrqaPDP8
— Goals News (@Goalsncom) March 11, 2020
Kedua-dua adik beradik itu akan kekal dengan kawalan ketar pegawai penjara di Asuncion selama enam bulan sehingga siasatan telah dilengkapkan, kata hakim kes, Gustavo Amarilla.
“Membebaskan Ronaldinho akan melanggar keadilan atau boleh menyebabkan beliau melarikan diri,” ujar Amarilla kepada wartawan.
“Keberadaan beliau untuk terus berada di negara ini adalah wajib.:
Ronaldinho dan abangnya dilaporkan oleh ESPN FC turut menawarkan hartanah bernilai $770,000 sebagai jaminan, tetapi pendakwaraya Marcello Pecchi tetap menimbulkan keraguan terhadap kes.
Former Brazil player Ronaldinho Gaucho, who was arrested for possessing a fake Paraguayan passport, must remain in jail in the South American country after a judge on Tuesday refused a request for him to be released into house arrest.
Read more: https://t.co/DnnCra0PCH— Daily Trust (@daily_trust) March 11, 2020
“Penyiasatan baharu sahaja bermula, dan kami sedang melakukan semua sabitan berkaitan,” jelas Pecchi.
“Jika mereka dibenarkan pergi sekarang, mereka tidak akan boleh dibawa kembali untuk diadili kerana Brazil tidak akan mengekstradisi rakyatnya sendiri.”
Ronaldinho bergelar pemain profesional sehinhgga 2015, namun masih lagi menjadi ikon popular bola sepak global.
Kehadiran Ronaldinho di Paraguay dilaporkan atas jemputan oleh seorang pemilik kasino tempatan untuk tujuan amal.