Perlawanan Pemanas Badan : Jesse Lingard Buktikan Beliau Masih Penyerang Berbisa Red Devils

Meskipun Manchester United tewas kepada pasukan divisyen dua , Queen Park Rangers di Prince Kiyan Foundation stadium semalam , Lingard menunjukkan kepada pengurusnya Ole Solksjaer bahawa beliau masih lagi seorang penyerang berbisa dengan jaringan pertamanya pada musim ini di perlawanan kedua pemanas badan.

Pemain berusia 28 tahun ini hanya memerlukan tiga minit sahaja untuk membolosi gawang Queen Park Rangers selepas menerima hantaran daripada Facundo Pellistri.

Namun pada perlawanan berkenaan , pasukan Solksjaer telah tewas 4-2 kepada QPR dan gol kedua untuk mengurangkan defisit jaringan diperolehi daripada pemain muda akademi Anthony Elanga.

Spekulasi masa depan pemain ini masih belum reda meskipun Ole Solksjaer menyatakan beliau masih lagi seorang pemain Red Devils dan di dalam pelannya untuk menghadapi musim 2021/2022 pada minggu lepas.

“Jesse adalah pemain Man United. Dia mahu merebut posisinya kembali. Dia kembali dengan ceria , bertenaga dan penuh keyakinan.”

“Semua orang melihat apa yang dia lakukan menjelang akhir musim lalu di West Ham dan dia masih dalam rancangan saya. ”

Tetapi persoalannya ialah Lingard akan mendapat peranan di kesebelasan utama yang dia mahukan atau hanya sebagai pemain gantian , hanya Solksjaer yang akan menentukannya.

West Ham United seakan mahu mengekalkan pemain ini selepas Lingard cemerlang membantu pasukan David Moyes ini dengan berjaya mendapatkan slot Kejuaraan Liga Europa. Bagaimanapun tanda harga £30 juta yang diletakkan kepadanya , kelab London Timur ini sudah pasti enggan mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

Image

Di West Ham , Lingard berjaya menjaringkan sembilan gol daripada16 perlawanan yang telah disertainya biarpun hanya bermain pada perpindahan jendela kedua musim lalu dan ini sudah pasti Solksjaer masih berminat dengan pemain ini bersama dengan Martial dan Rashford dalam merebut tempat kesebelasan utama.

Dalam perlawanan menentang QPR , kesebelasan utama yang diturunkan oleh Solkjaer terdiri daripada gabungan pemain simpanan dan pemain akademi. Nama-nama besar seperti pemain terbaharu Jadon Sancho , Fernandes , Maguire , Pogba dan Cavani tidak disenaraikan.

Purata umur pemain yang berada dalam senarai perlawanan pemanas badan ini sekitar 21 tahun ke bawah dan pengurus dari Norway yang baru mengikat kontrak baharu sehingga 2026 menilai setiap pemain muda ini sebelum memutuskan pendaftaran 25 pemain untuk musim baharu ini.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email