Perkara Di Sebalik Amukan Eric Dier Di Carrow Road

Buka saja media sosial, anda dengan mudahnya boleh mencari sebuah video yang telah tular, memaparkan Eric Dier melompat ke arah tempat duduk penyokong.

Eric berbuat demikian untuk bersemuka dengan salah seorang daripada mereka sebaik sahaja Tottenham Hotspur disingkirkan Norwich City dari pertandingan Piala FA melalui penentuan sepakan penalti.

Imej dan video di tempat duduk penyokong tempat lawan di Carrow Road itu menunjukkan suasana tegang Dier dengan penyokong.

Beberapa pengawal keselamatan turut keluhatan berusaha mententeramkan keadaanm dan membawa Eric keluar daripada kumpulan penyokong tersebut.

Bercakap mengenai insiden tersebut, pengurus Spurs mendedahkan tindakan Eric adalah untuk mempertahankan adiknya yang berada di tengah-tengah kelompok penyokong Spurs itu.

Adik kepada Eric adalah salah seorang penyokong Spurs yang hadir untuk Away Day di Carrow Road.

“Individu ini menyerang Eric dengan kata-kata, keluarganya juga ada di sana,” jelas Mourinho.

“Adik kepada Eric tidak senang dengan keadaan itu [mungkin berlaku pertengkaran].Begitu juga Eric.

“Saya bercakap mengenai perkara yang golongan profesional tidak boleh lakukan, namun tetap akan mungkin akan kita lakukan [jika situasi sama],” kata Mourinho.

“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam bola sepak. Perlawanan ini menarik dan melambangkan saingan di Piala FA. Tetapi saya tidak boleh lari dari persoalan daripada anda.

“Apa yang Eric Dier lakukan tidak seharusnya berlaku sebagai seorang pemain profesional. Tetapi apabila ada yang menghina anda dan keluarga anda turut terlibat, dan ia melibatkan adik anda [apa-apa boleh berlaku].

“Jika pihak kelab menghukum Eric Dier, saya tidak bersetuju. Tetapi apa yang dilakukan tetap salah.”

Dalam video kedua sperti di atas, jelas kedengaran Eric menjerit: “Dia adik ku! Dia adik ku!.”

Kedengaran juga sekumpulan anggota keselamatan yang meminta Eric untuk bertenang.

Berdasarkan kejadian ini, sukar untuk membayangkan Eric tidak akan dikenakan hukuman sama ada oleh pihak kelab, mahu pun oleh Premier League.

 

Kongsi artikel ini