Enam kelab tercorot Premier League dikatakan sedang berusaha untuk melakukan sabotaj menghalang usaha saingan Premier League dimulakan kembali.
Minggu lalu, saingan Premier League dikatakan akan bermula seawal 8 Jun, asalkan ianya mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan untuk pemain kembali menjalani latihan seminggu lebih awal dari tarik tersebut.
Semua kelab sebelum ini dilaporkan bersetuju dengan cadangan tersebut selepas mesyuarat oleh wakil setiap kelab melalui video pada Jumaat lalu diadakan.
Namun terdapat beberapa pasukan telah melakukan u-turn terhadap pendirian masing-masing dalam hal ini dengan pelbagai alasan, termasuk tidak bersetuju dengan penggunaan stadium berkecuali.
The #PremierLeague's 'Project Restart' is under threat, as the league's bottom 6 clubs reject the idea of playing their final season games behind closed doors. #OptusSport
[Telegraph] pic.twitter.com/9e8dp6Yu3B
— Optus Sport (@OptusSport) May 3, 2020
Menurut laporan akhbar pada Ahad lalu, enam pasukan tercorot risau penggunaan stadium berkecuali akan memberikan impak kepada peluang mereka untuk kekal di Premier League.
Daily Mail pula melaporkan tatkala enam pasukan tercorot melobi supaya tiada penyingkiran dilakukan pada musim ini, enam pasukan teratas pula mahu mewajibkan penyingkiran dan promosi pasukan baharu dari Championship untuk saingan pada musim hadapan.
Sebahagian daripada rancangan yang ada pada ‘Project Restart’ ialah dengan menggunakan 10 venue neutral dan aksi dalam stadium tertutup.
Ia bertujuan mengelakkan mana-mana pasukan memiliki kelebihan, dan mengelakkan penyokong dari berkumpul.
Ketua Pegawai Eksekutif Brighton, Paul Barber misalnya menentang idea tersebut, dan menyifatkan penggunaan venue berkecuali sebagai merosakkan integriti pertandingan.
“Mereka cuba merosakkan bola sepak kerana mengelakkan diri dari tersingkir. Fikiran mereka sangat dangkal,” kata salah seorang wakil pasukan kelada Mail.
The Premier League and other European leagues have been given a deadline of May 25 by UEFA to provide plans to restart their season.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 28, 2020
Terdapat juga laporan mengatakan kelab menggunakan kakitangan perubatan masing-masing untuk menimbulkan rasa takut di kalangan pemain untuk kembali beraksi.
Kini 14 undian diperlukan untuk memastikan saingan boleh dimulakan kembali sebaik kebenaran diberikan oleh kerajaan.
Sehingga kini 13 pasukan dikatakan bersetuju dengan cadangan semasa, 6 menentang dan 1 berkecuali.
Enam kelab tercorot di saingan Liga Perdana Inggeris sekarang ialah Brighton, West Ham, Watford, Bournemouth, Aston Villa dan juga Norwich.
Sekarang semua pihak perlu memberikan jawapan kepada UEFA mengenai pelan masing-masing untuk meneruskan saingan pada musim ini.