Cristiano Ronaldo dikatakan mengubah teknik mengambil sepakan percuma selepas 42 kali gagal menyempurnakannya sebelum ini.
Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu menyempurnakan satu gol dari sepakan percuma ketika Juventus menang 4-1 ke atas Torino pada hujung minggu lalu.
Pada pandangan pertama, ia kelihatan seperti sepakan knuckle ball yang biasa beliau lakukan sebelum ini.
Namun selepas diperhatikan berulang kali, bintang dari Portugal itu juga kelihatan mengubah sedikit teknik sepakannya yang menghasilkan gol tersebut.
Ronaldo mengekalkan postur kebiasaan sebelum menyepak bola. Ronaldo juga masih menyepak bola menggunakan in-step yang menhasilkan pusingan bola (spin) yang minimal pada bola.
Knuckle ball kebiasaan yang dihasilkan Ronaldo sebelum ini kebiasaannya disertakan dengan sepakan deras yang menjunam secara menggila.
Gol sepakan percuma kali ini pula lebih kepada penguasaan (control) dan ketepatan (accuracy) yang membantu beliau menewaskan Salvatore Sirigu di hadapan gawang Torino.
World Cup 87TH MINUTE,
Spain is LEADING 3-2 against Portugal.
UP STEPS Cristiano Ronaldo & scores ONE OF THE GREATEST FREE-KICKS EVER. 😱🔥🔥🔥
What a moment. What a night. 🙏
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) June 15, 2020
Dalam perlawanan menentang Torino, De Gea tidak memerlukan larian yang pantas sebelum menyepak, walaupun mengekalkan w langkah larian seperti kebiasaan.
Jika diperhatikan ia adalah teknik yang hampir serupa yang Ronaldo gunakan ketika menewaskan David de Gea ketika Piala Dunia 2018.
Jadi adakah sepakan ini bukan knuckle ball seperti tanggapan ramai. Ramai bertanggapan ini bukan teknik knucle ball kebiasaan daripada Ronaldo.
UNREAL day when Ronaldo finally gives up the knuckleball, it’s so obvious he’s still the best freekick taker itw when he curls
— 🌵🇪🇹 (@Dag7ii) July 5, 2020
Ronaldo could’ve been such a great freekick taker had he not had a toxic obsession with the knuckleball technique.
— AB (@Buddhweiser) July 4, 2020
When Ronaldo uses that technique, he scores more often. Should stop using the knuckleball unless it's long distance
— S (@GolazoCristiano) July 4, 2020
Anda bersetuju dengan kenyataan di atas? Pada pendapat kami, ia masih merupakan satu knuckle ball daripada Ronaldo.
Namun kedudukan sepakan percuma yang berada di hadapan kotak penalti bermakna Ronaldo tidak memerlukan kekuatan sepakan seperti yang beliau perlukan sebelum ini.
Jika diperhatikan, ia masih teknik yang sama. Rembatan tetap pada titik rendah bola di tengah.
Namun kali ini dilakukan dengan lebih tenang oleh Ronaldo. Sedikit perubahan tidak bermakna ia mengubah asas kepada sesuatu teknik.
Kedudukan bola dan sasaran, serta dinding pertahanan oleh lawan antara faktor yang mempengaruhi jarak dan kekuatan sepakan.