10 tahun lalu, Mike Tyson dan Chris Jericho pernah menggegarkan WWE.
Kedua-dua nama besar di arena masing-masing itu bergandingan pada 2010 untuk menentang D-Generation X dalam perlawanan tag team.
Namun demkian, Tyson berpaling tadah kepada Jericho, dan membelasah gandingganya itu pada babak akhir perlawanan.
Berjumpa kembali
Pada Rabu lali di AEW Dynamite, kedua-duanya bersemuka sekali lagi di atas gelanggang.
‘Iron Mike’ bersemuka dengan Jericho di atas pentas bersama beberapa nama besar dunia MMA yang lain.
MIKE TYSON AND CHRIS JERICHO BRAWL 😳
(via @AEWonTNT)pic.twitter.com/6OuNKfkqAR
— B/R Wrestling (@BRWrestling) May 28, 2020
Antaranya yang bersama Tyson adalah Henry Cejudo, Rashad Evans dan juga Vitor Belfort.
Jericho pantas mengungkit kejadian 10 tahun lepas, dan meminta Tyson melakukan permohonan maaf kerana berpaling tadah.
Kita boleh jangkakan apa yang berlaku. Tyson tidak pedulikan permohonan maaf yang dimahukan Jericho dan melabel penggusti itu selayaknya dilakukan sedemikian.
Percakaran meletus
Ketika keadaan semakin panas, Tyson mengoyakkan t-shirtnya dan menolak Jericho.
Tidak berdiam diri, Jericho turut membalas tindakan tersebut menyebabkan percakaran diantara kedua-duanya.
WRESTLING NEWS: Reports are that legendary boxer Mike Tyson will be fighting again at some point, but will it be inside the wrestling ring as he had a confrontation with the one and only Chris Jericho.#boxing #mma #wrestling #AEW #mikestyson #fight
pic.twitter.com/42pPvtwSxT— Goodfella Sport (@GoodfellaMedia) May 28, 2020
Tyson terpaksa dihalang dan ianya mengambil masa beberapa minit untuk rakan-rakanya menarik beliau meninggalkan pentas.
Dan selepas itu, Tyson melalui satu video berjanji akan kembali dan mahu memastikan Jericho dibeleasah.
Jericho dalam masalah?
Jericho sebenarnya sudah tahu ancaman yang bakal diperolehi oleh beliau dari Tyson.
Pada 2015 misalnya, Jericho pernah berkongsi bagaimana hayunan tumbukan oleh Tyson membuatkan beliau gerun.
“Sebelum dia menghayun, saya berkata, ‘Tunggu sehingga saya meletakkan kedua-dua tangan ke atas, sebelum anda menghayun.
“Selepas beberapa ketika saya berpendapat sayalah lelaki paling gila di bumi kerana sanggup menunggu hayunan tumbukan Mike Tyson.
“Pada mulanya saya mahu beliau melakukannya sahaja. Tetapi bagainama kalau Tyson gila, dan hayunan mengena sasaran?’
“Beliau melakukannya, dan saya dapat merasakan angin deras di muka saya. Hayunannya begitu pantas,” kongsi Jericho mengenai pengalaman lalu.
“Beliau amat pantas dan kuat. Saya tidak boleh bayangkkan kemampuan beliau 20 tahun yang lalu,” tambah beliau lagi.
Persoalannya kini adalah adakah Jericho akan menjadi lawan pertama Tyson untuk kembali dari persaraan?