Piala Malaysia: Perak TBG Sudah Buat Kajian Kekuatan Kelantan United

Menurut Shahrul Saad selaku kapten pasukan, setakat ini pasukan sudah bersedia selepas beberapa pemain yang cedera sebelum ini telah pulih daripada kecederaan dan berharap tiada lagi pemain cedera menjelang perlawanan menentang Kelantan United.

Shahrul Saad juga mengatakan di Sinar Harian sebelum itu bahawa setiap perlawanan di peringkat saingan Piala Malaysia  kali ini adalah penting dan perlu diharungi sebaik-baiknya.

Menurut Hafizul Hakim pula persiapan sama seperti sebelum ini cuma kita telah mengkaji kekuatan Kelantan United dan kami selaku penjaga gol akan melakukan yang terbaik demi mencapai kemenangan.

Sumber:Stadium Astro

Memetik wawancara daripada Radio Malaysia Perak FM. Kali terakhir Hafizul Hakim beraksi beliau dibolosi sebanyak 3 kali menerusi kekalahan 2-3 terhadap pasukan Kedah yang menutup peluang mereka dalam misi Road To Asia..

Shahrul Saad antara tonggak penting pasukan Perak TBG yang sentiasa ditagih kudratnya bagi mengawal benteng pertahanan pasukan mereka kerana pengalaman beliau bersama pasukan Harimau Malaya sedikit sebanyak membantu pasukan.

Pemain Kelantan United yang boleh diberikan perhatian juga adalah Amiridzwan Taj dan Daudsu Jamaluddin kerana pengalaman luas mereka dalam kancah bolasepak Malaysia.

Bagi pasukan KUFC pula mereka menyatakan peringatan bahawa tidak sesekali mengaku kalah. Menurut pengurus pasukan KUFC,YB Rozi Muhamad berkata bolasepak adalah sukan yang selalu menghasilkan keputusan tidak dapat diramal.Beliau juga menuntut pemain Sang Kijang Hijau mengubah mentaliti mereka terlebih dahulu supaya sentiasa positif.

Sumber:PerakTBGMY

Bagi beliau,ianya terserah pada pasukan pada hari perlawanan menentukan keputusan kerana semua pihak berpeluang melakarkan kemenangan.

Meskipun bertemu Perak TBG selaku Juara Piala Malaysia 2018,ianya lebih memotivasikan mereka dan fokus utama mereka adalah melakukan kejutan dengan kemenangan.

Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Indera Mulia,Ipoh pada Sabtu ini 7 November 2020 dengan masih lagi tiada penonton dibenarkan memberikan sokongan kepada mana-mana pasukan sejajar dengan arahan MKN.

Kongsi artikel ini