Perak FC Bakal Pecahkan Rekod Berpindah Milik Sekali Lagi Dalam Masa Terdekat

Belum sampai lima bulan dibawah pemilikan syarikat baharu Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd , terkini Perak FC bakal dijual kepada syarikat lain pula dalam masa terdekat.

Pegawai Eksekutif Perak FC Muhammad Yunus Zakariah turut mengesahkan perkara itu yang telah pun dikongsikan di laman Facebook rasmi kelab Perak FC Football semalam.

Pada Disember lepas, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengumumkan IMC Sdn Bhd sebagai pemilik baharu Perak FC selepas 100 peratus pegangan saham badan induk bola sepak negeri itu dijual kepada syarikat berkenaan.

Bagaimanapun pengurusan skuad The Bos Gaurus itu yang baharu ini mengalami tekanan kuat berikutan krisis kewangan pasukan itu pada Januari lalu.

Proses berkenaan juga tertakluk kepada cadangan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang akan dimaklumkan dengan sewajarnya mengenai tawaran terbabit.

Kenyataan itu turut menyebut IMC akan melepaskan semua tugas eksekutifnya setelah proses pengambilalihan kelab ini selesai.

Dibelenggu dengan masalah pembayaran dua bulan gaji tertunggak kepada para pemain dan kakitangan kejurulatihan sehingga mendapat perhatian pemilik kelab bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) , Tunku Mahkota Johor yang terus menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM 400 ribu bagi meringankan beban pengurusan Perak FC untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kelmarin pemilik Perak FC , Khairul Mahmood telah membuat laporan polis berikutan pihak yang mahu memberikan tajaan melarikan diri dan menyebabkan beliau rasa tertipu dengan dengan apa yang telah dijanjikan oleh pihak berkenaan.

Pasukan Perak FC yang kini bermain di dalam Liga Premier di bawah pengendalian jurulatih , Yusri Che Lah yang dibarisi pemain-pemain muda yang berbaka tewas dalam perlawanan liga menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC 3-1 baru-baru ini menggambarkan bahawa mentaliti mereka kacau bilau berikutan pelbagai kontroversi yang melanda dalam kelab berkenaan.

 

 

 

Kongsi artikel ini