Kelab FC Porto , Portugal telah mengesahkan bahawa Pepe 37 tahun telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2023. Pepe yang kembali menyertai kelab yang pernah disertainya pada tahun 2004/2007 pada awal Januari 2019.
Pemain kelahiran negara Brazil tetapi mewakili negara Portugal telah membantu Real Madrid memenangi tiga trofi Liga Juara Eropah , dua trofi Kelab FIFA Dunia dan dua trofi Super Cup UEFA.
Di Liga Sepanyol , Pepe telah memenangi tiga trofi Juara Liga Sepanyol pada tahun 2007/2008 , 2011/2012 dan 2016/2017 .
#Football: #Porto extend contract with defender #Pepe https://t.co/ytFmT86c03 pic.twitter.com/UFW8PdXlmt
— ANADOLU AGENCY (ENG) (@anadoluagency) November 4, 2020
Selepas 10 musim bermain di kelab Los Blancos itu , beliau menyertai kelab Besiktas dari Turki selama dua musim pada tahun 2017/2018 dan 2018/2019
Kemuncak karier dalam bola sepak professionalnya ialah memenangi Piala Eropah pada tahun 2016 bersama Portugal yang telah diwakilinya sebanyak 113 kali setakat ini serta menjaringkan 7 gol dan Pepe masih lagi menjadi pilihan ketua jurulatih , Fernando Santos untuk bermain di peringkat antarabangsa bersama dengan Cristiano Ronaldo.
Dengan reputasi seorang pertahanan yang bertaraf dunia dan masih lagi mampu bermain dalam kesebelasan utama , ini sudah tentu antara faktor kelab FC Porto mengikat kontrak sehingga usianya mencapai umur 40 tahun.
Kelab FC Porto berada di tangga kelima dalam Liga Portugal serta bermain di peringkat kumpulan C di Liga Juara Eropah bersama Manchester City , Marseille dan Olympiacos. Kelab yang dilatih oleh Sergio Conceicao berada di tempat kedua di bawah Manchester City selepas menundukkan kelab dari negara Perancis Marseille 3 – 0.