Beberapa bintang Liga Perdana Inggeris telah dijangkiti wabak coronavirus sejak beberapa minggu yang lalu.
Mikel Arteta adalah antara yang terawal, diikuti oleh Callum Hudson-Odoi.
Akibatnya, semua perlawanan bola sepak di England telah digantung.
Arteta dan Odoi bernasib baik kerana simptom yang ditunjukkan tidak berapa teruk untuk segera pulih sepenuhnya.
Pepe Reina on his battle against coronavirus:
🗣️ “It is only now that I am winning the battle against coronavirus. The most difficult moment was the 25 minutes I ran out of oxygen. I had endless minutes of fear."(Source: Guardian) pic.twitter.com/0WvHFKLjR8
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) March 31, 2020
Seorang lagi pemain Liga Perdana Inggeris yang turut dijangkiti tetapi melalui implikasi yang lebih sukar adalah penjaga gol Aston Villa, Pepe Reina.
Penjaga gol dari Sepanyol itu mendedahkan pada minggu lalu beliau mengalami simpotom pandemik tersebut.
Melalui perkongsian dengan Corriere dello Sport, Reina mendedahkan butiran ketika berhadapan dengan wabak tersebut.
“Saat paling sukar ialah apabila saya tidak boleh bernafas. Selama 25 minit saya kekurangan oksigen. Ia adalah tempoh paling buruk dalam hidup saya.
“Saya tidaklah berasa kesunyian kerana adanya isteri saya Yolanda, lima anak dan dua mertua bersama. Rumah ini besar, maka tiada ruang untuk berasa sunyi.
COVID 19: "I Fear For My Life, Could No Longer Breathe" -Footballer, Pepe Reina Cries Out https://t.co/tAuJTpWD3h pic.twitter.com/Z5nXmg9QuM
— Gistmania Naijapals (@Gistmania) March 31, 2020
“Saya bersa sangat penat pertama kali melalui simptom virus ini. Selepas demam, saya mulai batuk dan sakit kepala yang tidak pernah hilang – tetapi rasa penat itu buat anda rasa lemas.
“Akibatnya saya terpaksa bersendirian di dalam bilik elama enam sehingga lapan minggu.”
Selain Reina, bintang Argentina dan Juventus turut melalui pengalaman yang lebih kurang sama.
“Saya terkesan oleh simptom yang amat teruk, tetapi kini semakin pulih,” ujar beliau melalui You Tube.
View this post on InstagramA post shared by Paulo Dybala (@paulodybala) on
“Sekarang saya sudah boleh bergerak, berjalan dan kembali menjalani latihan. Sebelum ini bernafas pun sukar. Saya tidak boleh berbuat apa-apa selepas lima minit.
“Otot saya kesakitan. Mujurlah saya dan Oriana [teman wanita] kini semakin sihat.”
Perkongsian oleh Reina dan Dybala ini adalah peringatan bahawa tiada sesiapa imun terhadap virus ini. Terus kekal duduk sahaja di rumah dan jangan keluar sekiranya tiada keperluan.