Sebuah konsortium diketuai Public Investment Fund (PIF) sebelum ini bersetuju dengan pengambilalihan Newcastle United bernilai £300 juta daripada Mike Ashley pada April, namun kini telah manarik diri.
Greg Tomlinson daripada Newcastle United Supporters’ Trust, berkata mereka mahukan jawapan daripada Premier League.
Seorang lagi penyokong, Michael George menyifatkan perkara itu membuatkan ramai penyokong kecewa.
Perjanjian pengambilalihan tersebut sebelum ini tertangguh kerana memerlukan penelitian daripada semua pemilik dan pengarah kelab Premier League.
A Saudi Arabian-backed consortium has pulled out of a bid to buy Newcastle United.
Full story: https://t.co/NOKOPqQS9H pic.twitter.com/tRIYjeCUmN
— BBC Sport (@BBCSport) July 30, 2020
Dan konsortium yang mewakili Arab Saudi tersebut yang turut diwakili PCP Capital Partners dan Reuben Brothers sebagai rakan kongsi dikatakan menarik diri kerana sudah hilang sabar.
“Sebagai penyokong, kami kecewa. Ia kedengaran sangat dramatik selepas sengsara selama 13 tahun di bawah Ashley disebabkan kurangnya minat dan pelaburan terhadap kelab,” ujar seorang penyokong dikenali sebagai George.
“Jadi mangambil kira bagaimana semua ini berlaku, dengan tempoh masa yang diambil, dan bagaimana perkhabaran ini dimaklumkan, kami sebenarnya masih tidak mendapat gambaran sebenarnya yang terjadi.”
BREAKING: The Saudi-backed consortium led by Amanda Staveley has formally withdrawn it’s bid to buy Newcastle United. They say the amount of time the takeover has taken, coupled by global uncertainty, has forced them to pull out of the deal #NUFCTakeover
— Keith Downie (@SkySports_Keith) July 30, 2020
Sebelum ini sebuah dokumen perundangan telah diserahkan kepada Premier League kira-kira 16 minggu yang lalu.
Sebelum itu lagi, bidaan tersebut telah pun diselubungi oleh salah laku pihak Arab Saudi berkaitan hak asasi manusia dan bagaimana mereka menguruskan perkara berkaitan siaran sukan cetak rompak di Timur Tengah.
BREAKING: Saudi Arabia's Public Investment Fund, PCP Capital Partners and Reuben Brothers have withdrawn from the process to buy Newcastle United.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 30, 2020
Penangguhan demi penangguhan dikatakan disebabkan peguam Premier League bergelut untuk mengaitkan konsortium yang terlibat dalam bidaan dengan pihak kerajaan Arab Saudi.
Putera Mahkota Mohammed bin Salman juga adalah pengerusi konsortium tersebut.
Walaupun di sebalik segala kompilasi pengambilalihan, Newcastle United Supporters’ Trust mendapati 97% daripada anggotanya mahukan pengambilalihan tersebut direalisasikan, dan juga untuk Mike Ashley keluar daripada kelab.
Pada peringkat awal pengambilalihan, rakan kongsi Premier League, beIN SPORTS kini menjadi entiti terbaru menuntut pihak Premier League untuk menghalang pengambilalihan Newcastle United.
The Magpies dilaporkan akan dimiliki oleh kekayaan dari luar, membabitkan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Here it is in full: The letter sent by Amnesty International to the Premier League, opposing the #NUFCTakeover. pic.twitter.com/RniFEled1a
— Newcastle Fans TV (@NewcastleFansTV) April 21, 2020
Berita pengambilalihan oleh pihak Arab Saudi terhadap Newcastle terlabih dahulu mendapat tentangan daripada Amnesty International.
Amnesty International adalah sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan sekular antarabangsa yang ditubuhkan dengan tujuan untuk mempromosikan seluruh hak asasi manusia yang terdapat dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan piawai antarabangsa yang lain.
Bantahan daripada Amnesty adalah berkaitan penindasan hak asasi manusia yang dilaporkan berlaku di dalam kerajaan Arab Saudi yang melibatkan Putera Mohammed bin Salman secara langsung.
Bagi Amesty, membenarkan pengambilalihan tersebut diteruskan akan memberi peluang kepada pihak berkenaan untuk mencari ‘glamour’ dan menyembunyikan hakikat salah laku yang berlaku di kerajaan Arab Saudi.
Bagi sebuah negara seperti Britain yang mementing dan memperjuangkan hak asasi manusia, pengambilalihan tersebut disifatkan sebagai tidak bermoral.