Penyokong Kelantan FC Perlu Minta Kebenaran Sebelum Boleh Bawa Sepanduk Dan Gendang Ke Stadium

Penyokong Kelantan FC yang berhasrat membawa kain rentang, sepanduk atau banner ke dalam Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk menzahirkan sokongan kepada pasukan mereka terlebih dahulu perlu mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan kelab itu sebelum boleh berbuat demikian.

Kelonggaran itu diberikan selepas sebelum ini pihak pengurusan kelab tidak membenarkan langsung penyokong mereka untuk berbuat demikian.

Sebelum ini pengurusan Kelantan telah melarang gendang serta kain rentang daripada dibawa masuk oleh penyokong mereka, dan ianya turut dianggap suatu tindakan sangat pelik.

Tindakan tersebut sebelum ini turut mencetuskan mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong pasukan itu sendiri.

Mungkin menyedari reaksi negatif yang diberikan penyokong, pihak pengurusan kelab kemudiannya melonggarkan peraturan tersebut dengan beberapa syarat.

Makluman peraturan tidak dibenarkan bawak banner, tifo, bendera dan drum akan dibenarkan kembali mengikut terma dan…

Posted by TRW Kelantan FC on Sunday, May 21, 2023

“Makluman peraturan tidak dibenarkan bawak banner, tifo, bendera dan drum akan dibenarkan kembali mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan,” ujar satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Kelantan FC lewat malam tadi.

“Mana-mana Fan yang ingin membawa banner dan tifo di hari PERLAWANAN perlulah berjumpa atau menghubungi Pengurus keselamatan TRW di pejabat TRW KELANTAN FC, untuk pertanyaan sila hubungi- 0193340138.”

Sebelum ini pihak pengurusan Kelantan FC turut menggariskan beberapa peraturan aneh membabitkan penyokong dan pemain mereka.

Antaranya, pemain tidak dibenarkan menuju ke tempat duduk penyokong untuk memberi penghargaan – sebagaimana ritual kebiasaan setiap pasukan di Liga Malaysia untuk mengucapkan terima kasih – selepas perlawanan.

Malah selepas sesi berjabat tangan dengan pemain lawan selesai, semua pemain dan pegawai pasukanj dikehendaki terus masuk terus ke bilik persalinan.

Selain itu pemain turut diarahkan untuk mengelak bercakap kepada pemain atau pegawai pasukan lawan, termasuklah senyum untuk membina mentaliti perang di dalam pasukan.

Kongsi artikel ini