Penyokong Juventus telah memulakan kempen untuk kelab itu menolak kejuaraan sekiranya saingan Serie A pada musim ini batal dan tidak dapat dihabiskan akibat penularan wabak coronavirus.
Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan telah menunjukkan solidariti dengan menerima pemotongan gaji sepanjang tempoh COVID-19 dan penyokong di Old Lady pula merasaka menolak Scudetto adalah perkara yang paling wajar jika saingan pada musim ini tidak dapat diteruskan.
“Ianya amat indah jika kita dianugerhkan kejuaraan berdasarkan kedudukan terkini. Dan ia adalah lebih indah jika kita berkata; tidak apa, terima kasih,” tulis satu mesej di media sosial.
Juventus fans won't accept 2019-20 title if Serie A season isn't played out: https://t.co/btkLQxxRkl pic.twitter.com/blYOr26tJG
— AS English (@English_AS) March 29, 2020
Komen tersebut kemudiannya mendapat reaksi dari Andrea Agnelli, Presiden Juventus yang bersetuju dengan pendapat tersebut sambil turut memberi indikasi ‘suka’ terhadap komen itu.
Terdapat beberapa pilihan cara untuk menamatkan musim 2019/20 di Itali setelah semua jenis pertandingan sukan sepanjang April kini telah dibatalkan akibat penularan wabak coronavirus semaku serius di negara berkenaan.
Namun jika keadaan sekarang diambil kira, sukar untuk memastikan apa-apa perancangan dapat diteruskan. Pada ketika ini, Juventus masih lagi berada di kedudukan teratas Serie A dengan kelebihan satu mata di ayas Lazio.
Inter Milan pula dijarakkan dengan sembilan mata di kedudukan ketiga. Salah satu langkah ialah dengan menamatkan saja saingan sekarang.
#Juventus President Andrea Agnelli hints he will not accept the Scudetto based on current standings https://t.co/zyDdSGNuLC #SerieA pic.twitter.com/sE9tawAtGo
— footballitalia (@footballitalia) March 28, 2020
Tetapi situasi tersebut menyaksikan majoriti penyokong termasuk dari Juventus sendiri tidak setuju kejuaraan diberikan sebegitu sahaja – apatah lagi saingan masih berbaki 12 perlawanan pada musim ini.
Kali terakhir situasi sama berlaku ialah pada 1944 apabila Spezia menjuarai Campionato Alta Italia. Pertandingan itu (belum ada Serie A) tidak diiktiraf sebagai Scudetto, tetapi pasukan itu hanya dianugerahkan kejuaraan tersebut hanya selepas 2002.
Agnelli sebelum ini vokal agar saingan domestik diberikan keutamaan untuk ditamatkan berbanding pertandingan anjuran UEFA.
Walaupun tiada pengumuman rasmi, Agnelli dipercayai bersependapat agar kejuaraan tidak sepatutnya dihadiahkan begitu sahaja jika saingan gagal ditamatkan.