Penyerang Skuad Piala Dunia B-20 Indonesia Disaran Dapatkah Khidmat Pakar Psikologi Pulihkan Mental

Penyerang skuad Bawah-20 Indonesia, Hokky Caraka disarankan untuk mendapatkan khidmat pakar psikologi demi kesihatan mentalnya selepas pemain itu dilihat begitu kecewa apabila FIFA menarik balik hak penganjuran Piala Dunia B-20 daripada Indonesia.

FIFA sebelum ini menarik balik hak penganjuran kejohanan tersebut daripada Indonesia berikutan kemelut penyertaan Israel yang memdapat bantahan daripada sebahagian besar rakyat republik itu.

Ini juga bermakna hak Indonesia beraksi di kejohanan tersebut turut akan terbatal walaupun segala persiapan telah dilakukan dengan rapi sejak tiga tahun lalu.

Salah seorang pemain yang begitu vokal mengenai pembatalan kejohanan tersebut adalah Hokky Caraka. Pemain itu dan kebanyakkan rakan sepasukan yang lain sebelum ini terpaksa meninggalkan persekolahan selama tiga tahun untuk persiapan beraksi di kejohanan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GOAL Indonesia (@goalcomindonesia)

Pembatalan saat akhir Piala Dunia B-20 di Indonesia membuatkan Hokky Cakara semakin celaru akan masa depannya.

“Saya sendiri sudah tiga tahun ninggalin sekolah demi Indonesia. Jadi kalau baneran ini di banned. Saya sudah tidak ada ilmu apa-apa. Ngak punya bekel untuk jadi profesi apalah itu,” ujar beliau baru-baru ini.

Pemain itu juga menjadi antara pemain terawal daripada skuad kendalian Shin Tae-yong mempersoalkan pihak-pihak di Indonesia yang menghalang skuad Israel beraksi di Indonesia.

“Berjuang untuk kemerdekaan negara orang lain [Palestin]. Tapi kalian semua merusak impian anak-anak bangsa sendiri. Mimpi indah kawan-kawan. Sampai berjumla lagi,” ujar beliau sebelum ini.

Reaksi dan kekecewaan yang diluahkan oleh Hokky Caraka menyebabkan bekas pakar psikologi PSS Sleman, Kumala Windya risau akan kesihatan mental pemain itu.

Sudah tentu sekiranya terus dibiarkan, ia akan menjadi pembunuh dan penghalang karier pemain tersebut pada masa hadapan.

“Bagaimanapun juga, situasi ini adalah satu kegagalan besar dan memang wajar jika ia menimbulkan kekecewaan dan kesedihan,” kata Kulama seperti yang dilaporkan oleh Kompas.com.

“[Keluhan] Pemain perlu didengarkan dan dinilai emosi mereka sehingga pemain merasa diterima dan memiliki ‘teman’ yang juga merasakan hal yang sama.

Menurut Kulama perkara itu perlu dilakukan agar pemain seperti Hokky tidak rasa seperti sendirian dalam menghadapi kekecewaan yang sebenarnya menjejaskan ramai pemain dan juga penyokong bola sepak Indonesia yang lain.

“Mereka perlu difahamkan akan situasi sebenar daripada keputusan FIFA yang terpaksa membatalkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 sehingga menjejaskan penyertaan mereka,” tambahnya lagi.

Kongsi artikel ini