Penyerang Persija Jakarta Kontak Rapat Novak Djokovic Sebelum Positif Korona

Beberapa buah media di Indonesia melaporkan pemain tenis nombor 1 dunia, Novak Djokovic telah bertemu dengan penyerang Persija Jakarta, Marko Simic sebelum disahkan positif dijangkiti pandemik korona.

Penyerang berasal dari Croatia itu dipercayai sempat bertemu dengan Djokovic sebelum pengesahan dilakukan.

Khabar mengenai jangkitan tersebut diumumkan sendiri oleh Djokovic seleas saringan yang dilkukan di Belgrade, pada Selasa lalu.

View this post on Instagram

Best sportsman in the world @djokernole

A post shared by MARKO SIMIC (@markosimic_77) on

Kontak diantara Simic dan Djokovic mengundang pertanyaan sama ada Simic adalah punca kepada jangkitan yang menimpa Djokovic.

Telahan tersebut adalah berdasarkan perkongsian Simic di Instagram bersama bintang tenis dunia itu.

Mengikut garis masa, pertemuan yang berlangsung pada 6 Jun itu sudah tentu selari dengan waktu Djokovic disahkan positif.

Atau sama ada bekas penyerang Melaka United dan Negeri Sembilan itu kini turut terdedah dengan jangkitan sama.

Sebelum ini Djokovic menganjurkan satu kejohanan yang digelar Adria Tour. Ia adalah satu kejohanan exhibition untuk pemain tenis dari negara Balkan.

Kejohanan tersebut menerima banyak kritikan temasuk dari kalangan pemain tenis profesional yang lain.

Ini kerana ia tidak menerapkan protokol kesihatan dan membenarkan ribuan penonton untuk datang menyaksikannya.

Apa yang membuatkan lebih ramai mengkritik Adria Tour adalah kerana pesertanya turut berpesta di sebuah kelab malam di Belgrade.

Perkara itu didedahkan melalui klip video yang tersebar memaparkan aksi pemain-pemain tenis ini berpesta.

Tidak kurang empat pemain tenis yang menyertai Adria Tour disahkan postif setakat ini.

Media di Indonesia berkata di sinilah Novak Djokovic bertemu dengan penyerang Persija Jakarta, Marko Simic.

Seperti mana saingan Liga Malaysia, Liga 1 Indonesia turut kini ditangguhkan tanpa ada sebarang tarikh nyata untuk dimulakan kembali.

Simic dipercayai kembali ke negara asalnya sejak kebanyakkan negara melakukan perintah kawalan gerakan.

Kongsi artikel ini