Expand To Show Full Article
Penyerang Marseille Bingung Staff Medik Beri Topi Renang Rawat Kecederaan Kepala - Grandstand Kita

Penyerang Marseille Bingung Staff Medik Beri Topi Renang Rawat Kecederaan Kepala

Penyerang Marseille dari Argentina, Dario Benedetto kebingungan sebentar selepas pasukan medik memakaikannya topi renang seolah-olah beliau menyertai acara renang.

Selepas terhantuk kepada ketika permainan sedang berlangsung, Benedetto dan rakan sepasukan yang lain seperti kebingungan apabila penyerang itu diarahkan memakai topi renang tersebut setelah mendapat rawatan.

Berwarna biru cerah, topi renang itu dipakai oleh Benedetto untuk keseluruhan baki perlawanan, cukup untuk kelibatnya mencuri tumpuan pemain lawan dan penyokong yang hadir.

Topi renang itu sebenarnya untuk menutup bahagian telinga Benedetto yang turut mengalami luka.

Marseille mendahului 2-0 dalam perlawanan tersebut, dan Benedetto yang kelihatan seperti kelibat perenang Michael Phleps mengetuai jentera serangan pasukan.

Marseille bagaimanapun gagal mempertahankan kelebihan yang mereka miliki apabila sepakan penalti Serhou Guirassy pada minit ke-83 perlawanan, dan gol masa kecederaan Saman Ghoddos membantu Amiens mencuri satu mata berharga.

Skuad kendalian Adre Villas-Boas sebelum tu mendahului melalui Morgan Sanson pada awal babak kedua, dan Dimitri Payet.

Marseille berada di tangga kedua Ligue 1, namun dibezakan dengan jurang 12 mata dari pendahulu, Paris Saint-Germain (PSG) yang masih beraksi kurang satu perlawanan.

 

Kongsi artikel ini