Penjaga Gol Man Utd Yang Dipinjamkan Digantung Selepas Gigit Lengan Lawan

Penjaga gol muda Manchester United yang dipinjamkan, Kieran O’Hara telah diberi hukuman gantung enam perlawanan berikutan insiden menggigit ketika Burton Albion seri dengan Peterborough United.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu dipinjamkan ke kelab League One, Burton dan bertengkar dengan penyerang Peternorough, Sammie Szmodics di ketika sepakan sudut.

Insiden tersebut kemudiannya diikuti dengan imej O’Hara menggigit lengan lawannya itu.

Kejadian tersebut mendorong The FA untuk mendnda O’Hara sebanyak £2,500 selain hukuman gantung perlawanan kerana perlakuan ganas – walaupun pemain tersebut menafikan perlakuannya itu.

Kenyataan daripada FA berkata: “Satu jawatankuasa bebas telah menggantung Kieran O’Hara enam perlawanan berkuatkuasa serta merta dan mendenda beliau £2,500 kerana melanggar peraturan FA E3.

“Penjaga gol Burton Albion FC menafikan perlakuannya pada minit ke-44 perlawanan League One EFL menentang Peterborough United FC pada Sabtu, 29 Februari 2020, namun dakwaan perlakuan ganas itu telah terbukti sah.

“Hasil siasatan jawatankuasa ini akan diedarkan dalam masa terdekat.”

O’Hara tidak pernah beraksi bersama skaud senior United, tetapi pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Ireland di saingan antarabangsa.

Beliau menyertai Red Devils pada usia 16 tahun pada 2012, selepas berpindah daripada Urmston Town.

Penjaga gol kelahiran Manchester itu telah menyertai beberapa kelab secara pinjaman, antaranya Trafford, AFC Fylde, Morecambe, Stockport County, Macclesfield Town and Burton Albion.

Insiden ini dilihat tidak akan membantu beliau untuk mendapat kepercayaan Ole Gunnar Solksjaer setelah united kini mempunyai David De Gea, Sergio Romero dan Lee Grant.

Seorang lagi penjaga gol yang dipinjamkan, Dean Henderson turut cemerlang beraksi bersama Sheffield United dan dijangka akan kembali menyertai United pada musim akan datang.

Kami akan memuat naik video insiden sebenar sekiranya menemuinya.

 

Kongsi artikel ini