Penggusti Jepun, Hana Kimura Meninggal Dunia Akibat Buli Siber

Hana Kimura adalah seorang penggusti dan juga bintang realiti TV popular di Jepun, ‘Terrace House’. Beliau ditemui meninggal dunia selepas berkongsi beberapa siri muat naik di media sosial.

Perbuatan Kimura itu adalah susulan pertengkaran selepas timbul ketidaksefahaman di media sosial berkaitan rancangan televisyen tersebut.

Kimura yang berusia 22 tahun adalah seorang penggusti profesional dan merupakan bintang rancangan bersiri Netflix, ‘Terrace House’.

Sebelum ini beliau melalui perselisihan dengan seorang lagi pelakon pada Januari, menyebabkan beliau menerima mesej berbaur kekecaman dari peminat rancangan tersebut.

View this post on Instagram

I'm so sorry to have to tell you all that Hana passed away last night at the age of 22. I started this page about a year and a half ago because, simply, I was a fan of Hana. I never expected it to grow to almost 20,000 followers. People often talk about Hana's looks but anyone who followed her career knew there was far more to her. She had a unique warmth, energy and overflowing charisma. I never had the opportunity to meet her but every story I've ever heard has been that she left any fan she met with a positive, memorable experience. Hana had so much potential to be a superstar in wrestling. I don't know how many comments I've seen of people asking when she would go to WWE or AEW. I'm confident she would have been a success wherever she went but now we can only imagine the path her career might have taken. All I can say is that, to the fans, Hana was a special talent and, to her friends, she was a special person. Wrestling and the world as a whole are both poorer for losing her. Rest in peace, Hana.

A post shared by Hana Kimura (@hanakimurafan) on

Punca utama kematian Kimura tidak didedahkan secara langsung. Namun berdasarkan perkongsian Kimura sendiri di sosial media sebelum itu, ia jelas Kimura telah mencederakan dirinya.

Satu mesej dari Instagram Story milik Kimura memaparkan foto dirinya bersama kucing, ditulis bersama caption: ‘selamat tinggal’.

“Terima kasih kepada setiap orang yang memberikan sokongan kepada saya,” manakala satu mesej lagi berbunyi. “Saya sukakannya. Saya lemah. Saya minta maaf.”

Insiden tersebut dikatakan berpunca dari rancangan ‘Terrace House’ pada awal tahun apabila Kimura terbabit dalam satu perselisihan dengan seorang lagi peserta rancangan realiti tersebut.

Kimura dikatakan kecewa dengan rakan serumah yang menggunakan mesin basuh tatkala pakaian gusti beliau masih berada di dalam. Kejadian tersebut menyebabkan pakaian Kimura rosak, dan beliau turut bertindak menampar peserta tersebut.

Kejadian itu menyebabkan ramai peminat rancangan tersebut mengecam dan melabel beliau sebagai watak penjahat – karakter yang tidak disenangi oleh Kimura.

Kematian Kimura mengundang respon dari pelbagai pihak dari dalam dan luar industri gusti, dan ramai diantara mereka melihat rancangan realiti seperti ‘Terrace House’ sebagai rancangan yang penuh dengan toksik.

Bintang MMA, Cris Cyborg antara yang mahukan agar buli siber dihentikan selepas berkongsi pendapat mengenai kematian Kimura.

‘Terrace House’ adalah sebuah rancangan realiti TV yang telah melalui lima siri, dan satu filem dimana enam orang asing -tiga lelaki, tiga wanita- tinggal serumah.

Walaupun rancagan dihasilkan untuk siaran di Jepun sahaja, ia mulai menarik perhatian peminat antarabangsa. Malah rakaman tidak pernah dihentikan walaupun pada ketika dunia diserang wabak.

Sehingga kini belum ada kata putus dari produser mengenai masa depan rancangan tersebut di Netflix.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email