Pengganti Ancelotti : 5 Calon Pengurus Yang Berpotensi Berada Di Everton Musim Depan

The Toffes akan memburu seorang pengurus baharu setelah Carlo Ancelotti kembali ke kelab yang di cintainya Real Madrid dalam mengisi kerusi panas jurulatih serta merta. Ancelotti bersama kelab telah bersetuju bersama dengan penamatan kontrak dengan jumlah pembayaran ganti rugi yang tidak dinyatakan.

Penyokong Everton ternyata kecewa dengan berita pemergian jurulatih berusia 61 tahun yang baru 18 bulan melatih kelab berkenaan berharap lembaga pengurusan dapat mencari pengurus baharu yang sesuai untuk bersaing di musim hadapan dengan lebih cemerlang.

Terdapat khabar angin beberapa nama pengurus berada dalam radar Everton bagi tujuan penawaran kontrak perlantikan jurulatih di kelab itu.

Ini adalah senarai lima pengurus yang berpotensi mengisi kerusi jurulatih kelab untuk saingan Liga Inggeris pada musim 2021/2022 nanti.

1. Steven Gerard

Lagenda Liverpool ini mempunyai kualiti sebagai seorang pengurus yang mampu membawa kejayaan cemerlang kepada sebuah kelab seperti Everton.

Terdapat laporan portal menyebut Everton cuba mensasarkan Steven Gerard sebagai pengurus baharu mereka selepas terbukti beliau membawa Rangers menjadi juara Liga Scotland tanpa mencatatkan sebarang kekalahan pada musim 2020/2021.

Reputasi Gerard sebagai seorang pengurus semakin meningkat di atas anugerah yang diterimanya daripada League Manager Associations kerana pencapaian istimewanya bersama Rangers.

Nama Gerard juga turut disenaraikan dalam Hall Of Game di Liga Premier Scotland ini dan ia sudah pasti Everton mungkin berusaha mendapatkan khidmat beliau.

2. Nuno Espirito Santo

Nuno Santo meninggalkan kelab Wolves yang hanya mampu menempatkan diri di tangga ke 13 Liga Perdana Inggeris. Ia pasti mengecewakan jurulatih berasal Portugal.

Sebelum menjawat jawatan pengurus Wolves , Nuno pernah melatih kelab Valencia dan Porto yang juga merupakan kelab gergasi di Sepanyol dan Portugal.

Pengalaman yang luas adalah satu kelebihan disamping beliau merupakan ejen bebas , sudah pasti itu pilihan terbaik Everton yang tidak perlu berbelanja membayar yuran pampasan untuk membawanya ke Goodison Park.

Bagaimanapun Everton terpaksa bersaing dengan Crystal Palace kerana kelab berkenaan telah pun berunding dengan Nuno bagi menggantikan Roy Hudson yang juga telah meletakkan jawatan.

3. Duncan Ferguson

Beliau pembantu kepada Carlo Ancelotti dan masih lagi menjadi kesukaan para penyokong setia Everton. Ferguson pernah menjadi pengurus interim selepas pengurus sebelum itu Marco Silva dipecat pada tahun 2019.

Mengendalikan empat perlawanan , hasilnya satu kemenangan dan tiga keputusan seri bukanlah sesuatu yang teruk. Tetapi Ferguson lebih rapat dengan pemain dan kakitangan kejurulatihan kelab berkenaan. Cuma beliau tidak pernah mempunyai pengalaman melatih sebuah kelab bola sepak.

4. Antonio Conte

Everton perlu mempunyai pembentangan kertas kerja yang kukuh dan sedikit tuah sekiranya mahu menarik pengurus dari Itali ini datang ke Goodison Park dan melatih skuad berkenaan.

Antonio Conte telah meninggalkan kelab Inter Milan walaupun baharu sahaja menjuarai liga Serie A selepas 11 tahun kerana tidak setuju dengan kehendak pengurusan kelab itu.

Inter Milan mahu menjual pemain-pemain yang menjadi tunjang kejayaannya selain memotong sebanyak 15-20 % gaji pemain termasuk kakitangan kejurulatihannya dalam usaha kelab itu mengurangkan hutang yang amat membebankan

Nama Conte turut menjadi sasaran bakal melatih Real Madrid sebelum Carlo Ancelotti secara rasmi diumumkan sebagai pengurus kelab Los Blancos itu.

5. Eddie Howe

Pengurus muda Inggeris ini juga sedang menganggur setelah meninggalkan kelab Bournemouth pada Ogos tahun lalu dan telah menolak tawaran untuk menyertai Celtic sebelum ini.

Nama Eddie Howe tidak segah Ancelotti , tetapi beliau mempunyai pengalaman dalam Liga Inggeris dan cara bekerjanya yang menarik hati pemain-pemainnya termasuk pengurusan kelab Bournemouth dan memacu kelab itu liga Championship ke liga premier Inggeris.

Baru berusia 43 tahun , Howe mungkin calon yang sesuai untuk melatih Everton pada musim depan.

Penutup

Berita perletakan jawatan atau pemecatan jurulatih kelab menjadi berita paling hangat di laman media sosial sama ada dari Liga Inggeris , Itali ataupun Sepanyol , kehangatannya lebih berbanding berita perpindahan keluar masuk pemain.

Mampukah jurulatih yang baharu dilantik akan membawa kejaayaan kepada sesebuah kelab.Itulah harapan yang tinggi daripada pengurusan kelab yang memberikan mandat kepada mereka untuk membawa mercu kejayaan yang lebih tinggi lagi.

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email