Penganjur Kejohanan Badminton Terbuka Denmark terpaksa melakukan permohonan maaf selepas tidak sengaja mengumumkan naib juara dan acara beregu lelaki kejohanan tersebut berasal dari Malaysia.
Kesilapan pengacara kejohanan mengumumkan pasangan Indonesia berasal dari Malaysia bukan berlaku sekali, tetapi dua kali.
Insiden tersebut membabitkan beregu Indonesia, Fajar Alfian/Muhammad Ardianto dan Marcus Gideon/Kevin Sukamuljo – masing-masing muncul juara dan naib juara beregu lelaki Terbuka Denmark – mengundang rasa tidak senang dan cemuhan peminat badminton dari Indonesia.
Insiden tersebut berlaku selepas tamat perlawanan akhir yang mempertemukan kedua- dua pasangan Indonesia itu ketika acara pemberian hadiah.
Hi,
We are truly sorry for the mistake. Fajar Alfian/Muhammad Ardianto and Marcus Gideon/Kevin Sukamuljo are of course from INDONESIA! 🇮🇩
We hope you can accept our apology.
Best regards Jonas, Badminton Danmark— Badminton Danmark (@BadDK) October 23, 2022
Selepas dikritik oleh netizen Indonesia secara bertalu-talu di media sosial, Badminton Danmark terpaksa tampil melakukan permohonan maaf secara terbuka, dan mengakui ia adalah kesilapan manusia.
“Hai, kami memohon maaf atas kesilapan tersebut.
“Sudah tentu, Fajar Alfian/Muhammad Ardianto dan Marcus Gideon/Kevin adalah dari Indonesia!
“Kami berharap anda boleh menerima permohonan maaf daripada kami.”
Yang ni ke korg bgtau dekat dm suruh tgk cpt² 😂 Muka masing² lepas kena sebut Malaysia tu, I can't. Priceless gila.. announcer ni pun satu 😂
Btw, congrats Indonesia 🙏🏻🥳
*baru sampai rumah ni tu baru sempat nak tgk 😂 pic.twitter.com/zboBG5TxdX
— Z 💎🇲🇾 (@theone_xyz) October 23, 2022
Ketika acara penyampaian hadiah dan medal, gandingan Marcus Gideon/Kevin Sukamuljo (naib juara) dan Fajar Alfian/Muhammad Ardianto (juara) kelihatan sedikit terpinga-pinga ketika pengacara mengumumkan mereka adalah dari Malaysia.
Malah pengulas acara siaran langsung, Gillian Margaret Clark dan rakan pengulas turut menganggap mengumumkan kedua-dua pasangan adalah dari Malaysia sebagai agak keterlaluan.
Perkara tersebut boleh difahami oleh Gillian dan rakannya kerana memahami perseteruan di antara kedua-dua negara di dalam sukan badminton.
Di dalam acara akhir beregu lelaki Terbuka Denmark pada malam tadi, pasangan Fajar Alfian/Muhammad Ardianto menewaskan rakan senegara Marcus Gideon/Kevin Sukamuljo dengan kiraan mata 21-19, 28-26.
Fajar Alfian/Muhammad Ardianto mara ke final Terbuka Denmark selepas menewaskan beregu Malaysia, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi 21-16, 21-20 di separuh akhir.
Gandingan Marcus Gideon/Kevin Sukamuljo pula menewaskan Aaron Chia/Soh Wooi Yik 21-17, 13-21, 21-17 di separuh akhir.