Pemilik TRW FC Zamsaham Nafi Lantik Christian Panucci Sebagai Jurulatih Kelab Yang Baharu

Spekulasi yang hangat diperkatakan oleh para pemerhati dan penyokong bolasepak Malaysia khususnya Kelantan di platform laman sosial sukan mengenai perlantikan Christian Panucci dari Italy kelmarin akhirnya dinafikan oleh Zamsaham sendiri.

En. Norizam bin Tukiman atau lebih dikenali oleh sebagai Zamsaham yang telah dihubungi oleh Berita Harian Sukan (BH Sukan) menyifatkan spekulasi itu hanyalah khabar angin semata-mata.

“Khabar angin sahaja” ujar bos besar TRW FC tersebut sekaligus menjawab persoalan besar yang bermain di minda penyokong Kelantan dengan perkara yang sebenar.

Bagaimanapun TRW FC mengesahkan bahawa kelab akan menggunakan jurulatih dari Itali musim ini, namun individu itu bukanlah Panucci seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Siapakah Christian Panucci Sebenarnya.

Christian Panucci merupakan seorang pemain pertahanan yang pernah mewakili kelab-kelab gergasi di Liga Eropah dan juga sebagai pemain kebangsaan Italy pada tahun 1990an.

Beliau yang dilahirkan di Savona Italy pada 12 April 1973 memulakan karier bolasepak dengan di usia 12 tahun sebagai pelatih akademi di kelab Genoa 1985 dan diserap ke skuad senior pada tahun 1990.

Puncak Karier Panucci

Panucci dilamar oleh kelab AC Milan dan berpindah ke kelab tersebut pada tahun 1993. Beliau dapat bermain bersama duo lagenda Rossoneri Franco Baresi dan Paolo Maldini serta Marco Van Basten dan Frank Rijkaard pada ketika itu.

Di AC Milan beliau telah meraih enam kejuaraan kejohanan dan ia merupakan pencapaian terbaiknya pada ketika itu dan yang paling manis sekali untuk Panucci adalah mengalahkan Barcelona 4-0 dalam perlawanan akhir UEFA Champion League pada tahun 1994.

Setelah tiga musim di AC Milan , Panucci berpindah ke kelab elit dari Sepanyol Real Madrid untuk mencari cabaran baru dalam La Liga pada tahun 1996-1999. Bermain untuk Los Blancos bersama-sama pemain elit merupakan salah satu penghormatan bagi dirinya.

Menjadi Lagenda AS Roma

Setelah menempuh banyak cabaran sepanjang kariernya , Panucci bergabung dengan kelab AS Roma bagi musim 2001-02 apabila Giallorossi memenangi gelaran Seria A dan trofi Supercoppa Italiana 2001.

Dia menjadi pemain utama , bermula dari bek kanan dan sebagai kapten pasukan dan Roma telah  membayar dengan harga 9.81 juta euro kepada kelab Inter Milan.

Di AS Roma , Panucci memberikan trofi Coppa Italia 2006/2007 dan 2007/2008 serta trofi Supercoppa Italiana 2007.

Panucci bermain sebanyak 311 perlawanan dan menjaringkan 29 gol untuk Roma menjadikan pemain pertahanan yang banyak menjaringkan gol dalam sejarah kelab tersebut.

Kerjaya Jurulatih

Selepas menggantungkan but pada Ogos 2010 , beliau menjadi pundit di TV Sukan Itali sebelum dilantik menjadi pengurus Palermo selama dua tahun berturut.

Beliau meletakkan jawatan untuk menjadi pembantu Fabio Capello yang menjadi pengendali skuad Russia pada tahun 2012

Dua tahun selepas mendapat lesen kejurulatihan Pro UEFA pada tahun 2013 , Panucci menjadi jurulatih kelab Seria B iaitu Livorno pada tahun 2015 sebelum beralih ke kelab Ternana dengan kontrak 1 tahun.

Pada Julai 2017 , Persatuan Bola Sepak Albania (AFA) melantiknya sebagai jurulatih pasukan kebangsaan.

Pengalaman yang ada daripada Panucci yang juga pernah bermain dalam skuad kebangsaan Azzuria sebanyak 57 cap , pengurusan tertinggi bolasepak Albania telah meletakkan KPI kepadanya untuk melayakkan Albania ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 dan Kejohanan Euro 2020.

Tetapi ia sekadar indah khabar daripada rupa oleh Christian Panucci. Beliau tidak menepati apa yang dimahukan oleh pengurusan AFA. Daripada 15 perlawanan skuad kebangsaan Albania yang telah dihadapi , hanya empat kemenangan yang diraih , dua keputusan seri dan baki itu adalah kekalahan yang terpaksa ditanggung.

AFA mengambil keputusan untuk memecat Panucci oleh kerana impak yang tidak berkesan yang telah diberikan kepada skuad Albania.

Rumusan

Sebagai Boss TRW FC , sudah pasti En. Norizam Tukiman mempunyai pelan yang terbaik untuk kelab bolasepaknya. Usaha beliau dengan membayar segala hutang piutang lama yang dibuat oleh pengurusan lama termasuk tunggakan gaji pemain adalah perkara pertama yang dilakukan selepas mengambil alih kelab tersebut.

Skuad The Reds Warrior akan menggunakan 90% pemain muda untuk saingan kompetetif di Liga-M bagi musim 2021 ini. Ia sudah tentu pelan jangka masa panjang kelab berkenaan selain mampu membayar gaji kesemua pemainnya.

Dan untuk mendapatkan seorang jurulatih seperti Christian Panucci , pengurusan TRW FC perlu mencongak angka kewangan yang terhad untuk membayar gajinya sedangkan duit itu boleh digunakan ke arah yang lebih berguna seperti menaiktaraf kompleks padang latihan dan lain-lain.

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email