Pemegang Pas Bermusim JDT Layak Masuk Ke Stadium Sultan Ibrahim

Perlawanan di antara kelab Johor Darul Ta’zim yang akan melayan kunjungan Melaka United akan menjadi perintis kehadiran penonton pada Jumaat ini selepas setahun akibat wabak pandemik covid-19.

Bagaimanapun , tiada tiket yang akan dijual dan hanya pemegang pas bermusim platinum dan gold sahaja yang akan dibenarkan ke Stadium Sultan Ibrahim , Nusajaya untuk menjadi penonton dalam perlawanan berkenaan.

Pengumuman itu telah dikongsikan melalui facebook rasmi kelab Johor Southern Tigers.

Menurut kenyataan itu lagi , ekoran Johor masih lagi di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) , hanya 2000 atau 10% penyokong JDT sahaja dibenarkan berada dalam stadium.

Bagi pemegang pas bermusim platinum , kesemuanya layak untuk menonton perlawanan berkenaan namun bagi pemegang pas bermusim Gold , ia tertakluk kepada siapa cepat hadir ia akan dapat kerana jumlah yang terhad.

Mereka juga perlu datang ke Stadium Tan Sri Dari’ Haji Hassan Yunos untuk mengambil QR Code (pas masuk) yang telah disediakan di kaunter pandu lalu pada hari Khamis (12 tengah hari hingga 8 malam) atau hari Jumaat (10 pagi hingga 1 petang) tertakluk kepada jumlah sedia ada.

Hanya satu pas bermusim sahaya yang layak untuk mendapat satu QR Code dan pengambilan oleh pihak ketiga juga dibenarkan sekiranya kad pas bermusim ditunjukkan.

Tiada kaunter fizikal yang  disediakan dan pemegang pas bermusim Gold perlu kekal berada dalam kenderaan ketika pandu lalu.

Sedemikian juga mereka yang mempunyai QR Code atau kad pas  bermusim Platinum sahaja dibenarkan masuk dalam kawasan Stadium Sultan Ibrahim menjelang perlawanan pada Jumaat itu nanti.

Sudah pasti penyokong JDT tidak sabar mengubati kerinduan memasuki stadium bagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada skuad Benjamin Mora ini.

JDT kini masih lagi unggul sebagai pendahulu Liga Super walaupun hanya mampu seri sahaja dengan Perak pada perlawanan yang terdahulu yang menimbulkan sedikit kontroversi.

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email