Pemecatan Pengarah Sukan PSG Leonardo Bukti Kuasa Mbappe Serius

Baru 24 jam Kylan Mbappe membuat pusingan U untuk terus berada dalam Paris Saint Germain kerana tawaran gila dari kelab terkaya Perancis ini , ahli lembaga mereka telah pun memecat Leonardo daripada jawatan Pengarah Sukan berkuat kuasa serta merta pada hari ini.

Bukan sahaja Leonardo yang meninggalkan PSG , malahan bekas pengurus Tottenham Hotspurs , Poccetinho juga akan meninggalkan kelab itu walaupun tidak sampai dua musim menjadi pengurus kepada kelab yang mempunyai ramai bintang ternama sedikit masa lagi.

Dakwaan menyatakan bahawa kedua-dua individu itu diberi jaminan akan dipecat sekiranya Kylan Mbappe bersetuju untuk menyambung kontrak bersama PSG telah didedahkan oleh media ESPN.

Terdapat sumber yang memberitahu kepada ESPN bahawa terdapat perbincangan di antara PSG dan Mbappe di mana jaminan Leonardo akan dipecat menjadi kunci utama punca pemain itu untuk kekal dan menyambung kontrak baharu tiga tahun.

Hubungan Leonardo dan Mbappe tidak sehaluan dan sebagai jaminan kepada Mbappe , dia dipecat dan PSG terus mengemukakan nama Luis Campos untuk menduduki kerusi panas itu.

Nama Luis Campos bukanlah nama asing bagi Mbappe dan kelab-kelab di Eropah kerana beliau merupakan pencari bakat elit yang luar biasa.

Luis Campos adalah individu yang menemui bakat Kylan Mbappe dan kedua-duanya memainkan peranan penting dalam kelab As Monaco ketika kelab itu menjadi Juara Ligue 1 buat kali pertama dalam 17 tahun dan mara ke separuh akhir Juara Liga Eropah.

Luis Campos juga merupakan maestro dalam penjualan serta pembelian pemain-pemain baharu bagi kelab As Monaco dan Lille dan sudah pasti ia membawa keuntungan yang besar kepada kedua-dua kelab berkenaan.

campos-mbappe

Kylan Mbappe sudah pasti gembira sekiranya Luis Campos menjadi Pengarah Sukan baharu PSG kerana hubungan mereka yang rapat ibarat bapa dan anak.

Pengalaman Luis Campos sebagai Pengarah Teknikal dan Sukan sudah pasti ditagih oleh lembaga kelab PSG dan adalah tidak sukar untuk melantik terus beliau yang kini tidak mempunyai apa-apa kontrak dengan mana-mana kelab selepas meninggalkan kelab Lille pada Disember 2020.

PSG mahukan rancangan awal serta merta dilaksanakan dengan Mbappe yang menjadi teras projek baharu ini berjalan dengan lancar.

 

 

 

 

Kongsi artikel ini