Pembedahan Otak Maradona Berjaya

Lagenda Argentina , Diego Maradona selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian otak selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital akibat penyakit Anemia dan Dehidrasi di dalam badannya.

Pembedahan itu dilakukan bagi mengeluarkan darah beku yang ada di antara lapisan membrane dan otak pemain itu.

Menurut doktor yang merawat beliau , Dr. Leopoldo Luque pakar pembedahan Neurologi , pemain berkenaan berada dalam keadaan baik dan bersemangat untuk pulih selepas permbedahan itu berjaya tetapi masih lagi terus berada di hospital sehari dua lagi untuk pemantauan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Keadaan beliau menunjukkan pemulihan yang baik. Diego boleh bergurau kepada kami. Dia juga tidak mengalami sebarang komplikasi semasa pembedahan itu dijalankan.” Kata doktor berkenaan dalam temubual bersama wartawan berita tempatan.

Pada Isnin lalu , Maradona dibawa ke klinik Ipensa Clinic in La Plata , Argentina bagi mendapatkan rawatan sebelum dikejarkan ke Klinik Olivos di Buenos Aries untuk pembedahan segera ‘Subdural Hematoma’ (Pendarahan di antara lapisan membrane dan otak)

Maradona yang baru sahaja menyambut kelahiran beliau di usia 60 tahun pada 30 Oktober lalu. Beliau mempunyai sejarah yang panjang tentang tahap kesihatan yang buruk akibat gaya kehidupannya yang tidak terkawal.

Beliau terlibat dengan penggunaan dadah dan juga merupakan seorang yang mengalami masalah ketagihan alkohol.

Dua perkara ini menjadi satu pertempuran dahsyat seumur hidupnya bagi membebaskan diri dari terus terbelenggu dengan perkara negatif itu.

Walau bagaimanapun , Maradona masih mempunyai peminat fanatiknya sendiri. Dilaporkan berpuluh peminatnya berkumpul di hospital tempat beliau menjalani pembedahan sebagai tanda sokongan kepada lagenda yang digelar ‘Hand of God’ itu bagi mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti sediakala.

Kongsi artikel ini