Tottenham Hotspur sah berjaya mengikat pemain warisan Thailand, Jude Soonsup-Bell di jendela perpindahan Januari ini daripada Chelsea.
Pemain penyerang berusia 19 tahun itu adalah antara pemain muda paling menyinar di akademi milik Chelsea di Cobham, namun enggan menyambung kontrak untuk kekal bersama The Blues.
Dengan adanya Soonsup-Bell, Spurs berharap pemain itu mampu membantu skuad B-21 kelab itu memperbaiki prestasi di saingan Premier League 2.
Extremely excited to have signed for such a great club @Spursofficial 🤍 Can’t wait to get started on this new journey, looking forward to many years of success #COYS pic.twitter.com/vdWbnjgmEP
— Jude Soonsup-Bell (@JudeSoonsupBell) January 31, 2023
Perjanjian Spurs dengan Soonsup-Bell turut datang dengan laluan ke pasukan utama secara pinjaman ke kelab lain bermula musim hadapan.
Soonsup-Bell juga sebenarnya menerima tawaran yang serupa daripada Manchester City dan beberapa kelab lain di luar England, tetapi akhirnya memilih untuk menyertai seteru setempat kelab lamanya.
Laporan turut mengatakan timbul kerisauan di kalangan pemain muda di Cobham mengenai masa depan dan laluan ke pasukan utama, selepas Chelsea berbelana besar sehingga £500 juta untuk mendapatkan pemain baharu pada musim ini.
Asal usul Soonsup-Bell
Nama keluarga Jude, Soonsup datang daripada datuknya yang berbangsa Thai. Neneknya pula adalah orang Inggeris yang berasal dari Wales. Ayahnya, Michael Bell juga adalah orang Inggeris yang mempunyai susur-galur Ireland.
Lahir di Chipppenham, England, Soonsup-Bell memulakan karier di dalam bola sepak bersama FC Calne sebelum menyertai Swindown Town.
Bakat pemain ini kemudian dikesan oleh Chelsea sebelum diserap ke dalam skuad B-13 pasukan itu.
I’ve had the privilege to be part of @chelseafc since the age of 12, it’s been a massive part of my life and my development as a football player. I want to thank all my team mates, coaching staff and everyone else at the club for all the memorable years and support. 🙏🏼 pic.twitter.com/UmjUQrGzLC
— Jude Soonsup-Bell (@JudeSoonsupBell) January 31, 2023
Melalui satu temubual sebelum ini, Soonsup-Bell menyifatkan bola sepak sebagai sukan yang akan beliau cintai selama-lamanya.
Beliau membesar dengan menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai idola dan menyifatkan bintang Portugal itu banyak mempengaruhi corak permainan yang ditampilkannya.
Mulai beraksi sebagai pemain tengah, pemain ini kemudiannya dijadikan sebagai penyerang utama pasukan di dalam skuad remaja Chelsea.
Jude Soonsup-Bell has completed his medical ahead of his move to Tottenham. As per @NizaarKinsella 🤝
Soonsup-Bell scored 23 goals in 25 games for Chelsea's U18s
⚪️ #CFC #THFC pic.twitter.com/2v5uCcP5IG
— TheSecretScout (@TheSecretScout_) January 30, 2023
Di peringkat usia, Jude Soonsup-Bell pernah mewakili skuad England B-15 sehingga B-19. Sehingga kini pemain ini masih belum mahu memberikan komitmen kepada mana-mana pasukan untuk karier antarabangsanya.
FA Thailand dilaporkan mengikuti rapat perkembangan karier Soonsup-Bell dan berharap pemain itu memilih untuk menyarung jersi skuad Gajah Perang pada masa hadapan.