Inpian rakyat Malaysia untuk melihat pemain No.2 dunia, Lee Zii Jia beraksi di pusingan akhir/final Jelajah Dunia BWF diranapkan oleh pemain ranking No.19 dari China, Lu Guang Zu di Terbuka Australia semalam.
Zii Jia jelas gagal berada di tahap prestasi yang diharapkan apabila tewas 20-22, 21-15, 21-16. Kekalahan tersebut adalah yang pertama bagi Zii Jia daripada tiga pertemuan sebelum ini.
R16 MS
Lee Zii Jia (MAS/1) vs Lu Guangzu (CHN)22-20 15-21 16-21 IT’S OVER!!!
Lu Guangzu becomes the 40th player/pair to qualify to 2022 BWF World Tour Finals!
Congratulations!!!#AustralianOpen2022
— Badminton Talk (@BadmintonTalk) November 17, 2022
Ia pasti kekalahan yang memeritkan buat pemain profesional negara itu kerana sebelum ini mensasarkan sekurang-kurangnya layak ke sepatuh akhir untuk memenuhi syarat berada di kalangan 8 pemain terbaik kedudukan Jelajah Dunia.
Zii Jia hanya boleh mempersalahkan diri sendiri kerana gagal melayakkan diri ke kejohanan penutup tirai siri kejohanan badminton dunia itu.
Lee Zii Jia ended 2022 with 2 titles, BAC & TO and a runner-up in Denmark Open. As a MS1 he has helped the team to win gold for BATC and won all of his matches in TC. A good start for you as an independent player. More to come in 2023. See you in 2023! 加油 pic.twitter.com/b1bV3UEFAV
— LVA 洛丽雅 (@loriavanessaa) November 17, 2022
Walaupun berjaya mara ke final Terbuka Denmark sebelum ini, Zii Jia tampil buruk di kejohanan Terbuka Malaysia dan Terbuka Jepun.
Pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen, Chou Tien Chen, H. S. Prannoy, Jonatan Christie, Anthony Ginting, Kodai Naraoka and Loh Kean Yew masing-masing telah melayakkan diri untuk kejohanan terakhir tahun ini itu.
Penyokong badminton negara masih boleh gembira
Di sebalik pencapaian Zii Jia yang mengecewakan di Sydney, peminat badminton negara, Ng Tze Yong memberikan sedikit kegembiraan apabila mara ke suku akhir Terbuka Australia selepas menewaskan pemain Korea Selatan, Heo Kwang Hee dengan kiraan mata 21-16, 19-21, 21-15.
Tze Yong yang menjuarai gelaran senior pertamanya di Australia pada 2019, berharap mampu membuat penampilan kedua di separuh akhir selepas berjaya layak ke peringkat sama di Terbuka India pada Januari lalu.
Yong to the quarter finals 🔥
Ng Tze Yong 🇲🇾 won against Heo Kwang Hee 🇰🇷
21-16
16-21
21-5Hkh did a lot of errors while nty keep his focus high till the end in this rubber set. Well done 🍄!#AustralianOpen2022 pic.twitter.com/vbbWPjw5d7
— Z 💎🇲🇾 (@theone_xyz) November 17, 2022
Rakan senegara Soong Joo Ven pula gagal menyamai pencapaian mara ke suku akhir pada 2019 apabila tewas15-21, 21-18, 21-12 kepada pemain Indonesia, Ikhsan Leonardo Rumbay.
Bekas juara remaja, Goh Jin Wei pula meneruskan perjuangan di acara beregu wanita selepas menewaskan pemain India, Anwesha Gowda dengan kiraaan mata 21-7, 21-13.
Jin Wei bakal berhadapan dengan pemain pilihan ketiga, Pornpawee Chochuwong dari Thailan pada hari ini.
Acara beregu lelaki pula menyaksikan wakil negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tidak berhadapan masalah menewaskan pasangan Australian. Ricky Cheng-Jack Wang dengan kiraan mata 21-6, 21-18.
Pasangan negara itu akan berhadapan regu daru Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae selepas ini.