Pemain No.10 terbaik dunia atau tidak, Manchester United dilaporkan sedia melepaskan Jesse Lingard pada jendela perpindahan musim panas akan datang.
Lingard dilaporkan telah hilang kepercayaan pengurus, Ole Gunnar Solksjaer.
Pemain berusia 27 tahun itu gagal menampilkan prestasi yang diharapkan dan kini berwatak sebagai pemain gantian selepas ketibaan Bruno Fernandes pada Januari lalu.
Jesse Lingard is set to be sold by #mufc this summer. He has lost Solskjær's confidence. He's only considered for less important matches now. The player regards himself as one of Europe's best no.10's, which is at odds with the manager's appraisal #mulive [goal]
— utdreport (@utdreport) March 9, 2020
Dan menurut Goal, Lingard akan dijual oleh United, dengan super ejen beliau iaitu Mino Raiola diarahkan untuk mengatur agar perpindahan tersebut jadi kenyataan.
Setakat ini Lingard hanya memainkan peranan kecil di dalam pertandingan Liga Europa dan Piala FA, dan hanya menjaringka dua gol dari 35 penampilan terakhirnya.
Pemain antarabangsa England itu melantik Raiola – ejen yang sangat tidak populor di koridor Old Traford – sebagai wakil baharu beliau pada tahun ini.
GOAL are reporting that Solskjaer has decided to move on Jesse Lingard in the summer.
The midfielder reportedly regards himself as one of the best no. 10's in Europe, which Ole doesn't agree with.
😅😅😅 pic.twitter.com/JAKDHTpvlH
— Footy Accumulators (@FootyAccums) March 9, 2020
Perkembangan terbaru ini menyebabkan Raiola terpaksa memainkan peranan beliau lebih awal walaupun Lingard masih mempunyai baki kontrak sehingga 2021.
Sehingga kini United dikatakan belum berminat untuk memberikan sambungan kontrak.
Ia semakin jelas pemain yang mendakwa dirinya antara No.10 terbaik dunia akan dijual, dan wang penjualan tersebut akan dilaburkan untuk mendapat pemain baru.
Antara nama yang berada di dalam pertimbangan United untuk menggantikan Lingard adalah seperti Jadon Sancho, Jack Grealish dan James Maddison.
• Lost the confidence of Solskjaer
• Recruited Raiola as his new agent
• Sancho, Maddison & Grealish all on Man Utd's radarJesse Lingard is set to leave Manchester United this summer 👋
✍️ @lxndrnthrtn
— Goal News (@GoalNews) March 9, 2020
Walaupun dalam keadaan masa depan yang tidak menentu, laporan sama melaporkan Lingard menggelar dirinya sebagai pemain No.10 terbaik yang beraksi di eropah,
Dakwaan ini amat kontras dengan pandangan Solksjaer yang sentiasa menuntut pemain akademi United ini memperbaiki permainannya.
Goal juga melaporkan belum ada pihak berminat untuk mendapatkan Lingard secara serius.
Prestasi Lingard menyebabkan beliau sentiasa menjadi mangsa cemuhan penyokong.