Pemain Muda Berbakat Besar Indonesia Syahrian Abimanyu Sah Sertai Kelab Johor Darul Ta’zim

Selepas menandatangani pemain muda Danial Amier pada hari semalam , hari ini JDT telah menyambar seorang lagi pemain muda yang berasal dari Indonesia.

Pemain berbakat Syahrian Abimanyu 21 tahun secara rasmi telah menyertai juara tujuh kali Liga Super Malaysia itu sebagai salah satu perancangan jangka panjang bagi membina sebuah pasukan yang konsisten meraih pelbagai trofi oleh kelab berkenaan pada masa depan.

Pengumuman perkara itu telah dikongsi oleh laman media sosial rasmi Johor Southern Tigers.

Ubi muda yang berasal dari Banjarnegara , Indonesia pernah menjadi pelatih kelab Levante , Sepanyol pernah mewakili kelab Persija Jakarta , Sriwijaya dan Madura United sebagai pemain midfielder.

Pengumuman ini telah mendapat publisiti meluas oleh media-media dari negara seberang dan mereka telah mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada pemain berkenaan.

Publisiti yang meluas terhadap pemain muda ini daripada media-media dari Indonesia sudah pasti akan meningkatkan jenama Johor Darul Ta’zim di Asia Tenggara khususnya di Indonesia.

Perkembangan ini merupakan salah satu perkara positif untuk sebuah kelab melebarkan jenama seperti JDT secara tidak langsung ke negara yang mempunyai populasi penduduk seramai 271 juta rakyat.

Pada tahun 2019 , pemain ini telah membantu pasukan Indonesia memenangi pingat perak dalam kejohanan Sukan Asia Tenggara Sea Games , pertandingan bola sepak dalam perlawanan akhir menentang Vietnam yang meraih pingat emas ibu segala pingat dalam kejohanan tersebut.

 

 

Kongsi artikel ini