Usah diperkatakan mengenai kejayaan sesebuah pasukan berjaya menamatkan kemarau kejuaraan selama 30 tahun.
Pasukan yang sudah tidak menjuarainy selama 7 atau 8 tahun pasti akan meraikan kejuaraaan habis-habisan.
Suasana pemain mengerumun dan menjulang jurulatih ke udara adalah satu kebiasaan. Ia adalah sebuah pengiktirafan kepada ‘mastermind’ sebenar pasukan tersebut.
Real Madrid mengesahkan diri sebagai juara La Liga pada musim ini apabila menewaskan Villarreal 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadion Afredo Di Stefano pada awal pagi tadi.
Gareth Bale couldn't be happier for Zidane 🤷♂️ pic.twitter.com/8G7AHdaDwJ
— ESPN FC (@ESPNFC) July 16, 2020
Sudah tentu keseluruhan skuad Los Blancos gembira dengan kejayaan tersebut. Namun Gareth Bale seperti separuh hati dan berada di barisan belakang ketika sambutan.
Congrats to Gareth Bale on winning La Liga. pic.twitter.com/JGWtFtE2ip
— BenchWarmers (@BeWarmers) July 16, 2020
Umum mengetahui Bale dan Zidane tidak sebulu dan kedua-duanya mempunyai masalah yang dianggap complicated relationship.
Bale memang memiliki masalah pelik karena lebih banyak duduk di bangku pemain simpanan Madrid pada musim ini. Beliau juga vokal dalam mengkritik keputusan Zidane.
😅 Don't think Gareth Bale wanted to be involved in the celebrations! pic.twitter.com/D7JS25DXJN
— SPORF (@Sporf) July 16, 2020
Dalam beberapa perlawanan lalu, Bale menjadi tumpuan media kerana aksi pelik dan aneh ketika di bangku pemain simpanan. Antaranya ialah dengan menutup mata dan berpura-pura tidur.
Selepas Madrid secara rasmi dinobatkan kejuaraan, Bale kelihatan kekok bersama rakan sepasukannya.
Beliau tidak banyak terlibat dalam keraian, dan sekadar berpeluk tubuh dan senyum, seperti ach tak acuh dengan apa yang berlaku.
Tatkala musim kinini sudah menuju ke penghujung, kami pasti masa depan Bale sekali lagi akan menjadi topik hangat menghisasi dada akhbar.