Pemain Lang Merah Heret KFA Kepada PFAM

Buntu dengan nasib yang bakal menimpa setelah melalui tunggakan gaji sehinga lima bulan, pemain skuad Lang Merah bertindak mengheret Kedah FA kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam laporan oleh The Star pada hari ini.

PFAM juga dilaporkan telah menghantar surat kepada Kedah FA untuk memberikan tempoh badan itu menyelesaikan segala tunggakan pada tarikh yang ditetapkan.

“Buat masa sekarang belum ada laporan rasmi kepada FAM. Namun kami telah maklum mengenai laporan [kepada PFAM],” ujar Stuart.

“Saya percaya ia [laporan rasmi] akan dilakukan sekiranga mereka gagal menjelaskan tunggakan pada tarikh yang ditetapkan. PFAM meewakili 23 pemain [Kedah FA] termasuk pemain import, Kpah Sherman.”

Selain daripada hal tunggakan gaji Kedah FA, Stuart turut mengulas impak dan tindakan pemain dari Thailand, Naruphon Wild Putsorn yang mengheret Melaka kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atas sebab yang sama.

Menurut Stuart perkara seperti itu pasti akan memberikan masalah kepada Melaka untuk mendapatkan lesen untuk musim 2021.

“Kami sudah memotong mata kerana gagal memenuhi bayaran gaji pada musim 2019. Ia hampir selesai.

“Untuk 2020, belum ada laporan diterima. Kes Naruphon adalah diantara FIFA dan Melaka.”

Walaupun isu gaji di saingan Liga Malaysia tampak seperti tidak mempunyai kesudahan, Stuart percaya penswastaan dan pelesenan kelab mampu menyelesaikan isu tersebut dala tempoh terdekat.

“Proses penswastaan bermakna akan ada seorang pemilik bertanggungjawab terhadap pengurusan dan kewangan,” tambah beliau lagi.

Masalah bola sepak di saingan domestik di negara ini cenderung mengikuti perubahan landskap politik. Ia bergantung banyak kepada perubahan jawatan presiden dan ahli komiti yang lain – yang tidak mempunyai latar belakang pengurusan bola sepak.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email