Expand To Show Full Article
Pemain Kedah FA Serah Surat Mohon Tamatkan Kontrak - Grandstand Kita

Pemain Kedah FA Serah Surat Mohon Tamatkan Kontrak

Umum mengetahui Kedah FA mengalami masalah kewangan sehingga gagal melunaskan pembayaran gaji pemain dan pegawai mereka pada musim ini.

Laporan sebelum ini menyatakan KFA berhutang sehingga RM2 juta membabitkan gaji dari bulan Februari.

Hari ini salah seorang pemain utama skuad Lang Merah pada musim ini untuk menghantar surat penamatan kontrak kepada KFA pula.

Perkara itu didedahkan oleh Berita Harian melalui satu laporan pada hari ini.

KENYATAAN MEDIAPERSATUAN BOLA SEPAK KEDAH DARUL AMANPersatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) telah mengadakan…

Posted by FA Kedah on Tuesday, 9 June 2020

“Saya sudah mengemukakan surat permohonan pembatalan kontrak melalui wakil saya kepada pihak KFA dan ketika ini biarlah KFA sendiri yang mengumumkan keputusan berkenaan.

“Tujuan saya mengemukankan surat menamatkan kontrak berkenaan adalah atas pilihan sendiri dan ingin menumpukan perhatian penuh kepada urusan keluarga,” kata pemain tersebut yang tidak dinamakan oleh akhbar terbabit.

Menurut Betita Harian lagi, pemain tersebut merupakan pemain berpengalaman dan pernah menyarung jersi beberapa pasukan Liga Super lain sebelum ini.

Pemain tersebut mendedahkan tujuan menyerahkan surat penamatan tersebut lebih kepada sebab peribadi dan bukan disebabkan masalah tunggakan gaji semata-mata.

JUTAAN TERIMA KASIH & BIAR JASA JADI KENANGAN!KFA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat…

Posted by FA Kedah on Tuesday, 9 June 2020

“Dalam situasi semasa, saya sedia berkorban untuk pasukan yang terpaksa menanggung beban kewangan, maka pengunduran ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban KFA,” katanya.

Sehingga kini KFA masih lagi tidak memberi jawapan status tunggakan gaji dan pemain dan pegawai. Tampuk pengurusan persatuan tersebut turut berubah ekoran perubahan landskap politik yang melanda negeri tersebut.

Sementara, KFA masih belum membuat apa-apa pengumuman berkaitan penamatan kontrak pemain berkenaan dan usaha mendapatkan reaksi lanjut berkaitan isu ini masih dilakukan.

 

Sumber: Berita Harian

Kongsi artikel ini