Seorang pemain bola sepak di Turki, Cevher Toktas, mengakui membunuh anaknya yang berusia 5 tahun.
Pada 23 April lalu, Toktas membawa anaknya ke hospital selepas kanak-kanak itu menunjukkan simpton jangkitan wabak global.
Beberapa jam kemudian, Toktas memaklumkan kepada pegawai perubatan bahawa anaknya itu mengalami masalah pernafasan.
Walaupun dipidahkan ke ICU, kanak-kanak itu tetap meninggal dunia.
🇹🇷 Turkish footballer Cevher Toktas kills his son after suspecting he had contracted COVID-19.
He suffocated his son to death with a pillow in hospital.
He has reported incident 11 days later.
Toktas told the police he killed his son(Kasim) because "he didn't love him." pic.twitter.com/OEo2IntwQV
— vumaSPORT (@vumaSPORT) May 13, 2020
Selepas beberapa hari, akhirnya Toktas tampil kepada pihak polis dan mengakui diri membunuh kerana membenci anaknya sendiri.
“Saya menekup bantal di kepala anak saya yang tertidur dengan mulut terbuka, dan saya menahannya selama 15 minit tanpa henti,” akui beliau kepada pihak polis.
“Saya tidak pernah mahukan dia sejak dia dilahirkan. Saya tidak tahu mengapa saya tidak mahukannya.
“Itulah satu-satuny sebab saya membunuh – kerana tidak mahukan dia.
“Saya tidak mempunya masalah mental.”
Toktas kini ditahan dan akan didakwa kerana membunuh, di mana beliau boleh dijatuhkan hukuman mati jika didapati bersalah.
Â